Liow langsung tak tahu Bellew akan letak jawatan

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau langsung tidak tahu yang Peter Bellew akan meletakkan jawatan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) Malaysia Airlines (MAS).

Katanya, beliau masih menunggu laporan MAS tentang apa sebenarnya yang berlaku, namun memberi jaminan rancangan untuk mengembalikan keuntungan syarikat penerbangan negara itu tidak akan terjejas.

“Saya tidak menerima apa-apa petanda sebelum ini, jadi saya ingin tahu butirannya terlebih dulu. Kami yakin transformasi MAS akan diteruskan, tidak kira siapa yang menjadi CEO atau COO (ketua pegawai operasi).

“Transformasi MAS masih menjadi agenda. MAS dalam keadaan stabil,” katanya kepada pemberita hari ini di majlis rumah terbuka Deepavali Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Malaysia (MAAICCI), di Kuala Lumpur hari ini.

[Berita lanjut menyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password