“Lincah baby tu, dah main bola dalam perut..” – Rody Kristal bakal timang anak sulung

"Lincah baby tu, dah main bola dalam perut.." – Rody Kristal bakal timang anak sulung

Walaupun baru beberapa bulan mendirikan rumah tangga, rezeki berpihak kepada gitaris kumpulan Kristal, Rody apabila bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Berita gembira itu dikongsi Rody menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya apabila isterinya, Niena Azman disahkan hamil anak pertama mereka.

“Alhamdulillah, syukur pada Allah, aku bakal menjadi daddy tidak lama lagi. Tidak pernah terfikir semua ini akan terjadi dalam hidupku.

“Di usia 32 tahun aku telah dikurniakan isteri dan seorang anak. Doakan kandungan isteriku dan anakku sihat. Moga isteriku @niena_azmann kuat menjalani proses sebagai mummy!

“Baby jangan nakal-nakal ya. Rehat elok-elok kat dalam dulu OK. Insyaallah nanti keluar kita pergi jalan-jalan. Syukur Alhamdulillah,” katanya.

Posting tersebut telah dihujani komen para peminat dan pengikutnya  yang memberikan ucapan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat pasangan ini.

.

.

.

Rody atau nama sebenarnya Mohd Rodi Baharudin bernikah dengan Niena yang juga merupakan penjaga gol Skuad Wanita Futsal Kebangsaan pada 27 April lalu. Tahniah korang!

Sumber : Rody Kristal

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password