“Lima jam je tahan, kesian dia…” – Cuti bersama, Amalina Bakri latih teman lelaki berpuasa

"Lima jam je tahan, kesian dia…" – Cuti bersama, Amalina Bakri latih teman lelaki berpuasa

Sejak memperkenalkan seorang lelaki kulit putih yang merupakan kekasih hatinya pada awal Mei lalu, Dr. Amalina Bakri sekali lagi mencuri perhatian di laman Instagram miliknya.

Terbaru, wanita berusia 30 tahun yang sedang mengikuti latihan surgical di The Royal College of Surgeons di England itu telah memuat naik sekeping gambar bersama jejaka tinggi lampai berkenaan.

“We had such a lovely day chilling at @nikkibeachmallorca yesterday, thank you @nikkibeachmallorca for hosting us! Dia try puasa, lima jam je tahan haha kesian dia,” katanya menerusi ruangan kapsyen.

.

.

Menurut Amalina yang sedang berada di Sepanyol bagi meluangkan masa bercuti itu, beliau cuba untuk melatih teman lelakinya berpuasa namun berasa kasihan kerana dia hanya mampu bertahan selama lima jam sahaja.

Gambar tersebut mengundang perhatian para pengikutnya yang rata-rata memberikan pelbagai komen tentang hubungan mereka yang dikatakan ‘sweet’ dan memuji kesungguhan jejaka itu untuk berpuasa.

.

.

.

.

.

Sumber : Amalina Bakri

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password