‘Lepas kahwin, jangan lupa keluarga’

Sebagai teman rapat yang sudah saling mengenali bertahun lamanya, pelakon dan penyanyi Indonesia Irwansyah mengingatkan Laudya Cynthia Bella agar tidak melupakan keluarganya selepas berkahwin.

Irwansyah, 32, mengulas perkahwinan aktres terkenal Indonesia itu dengan ahli perniagaan tempatan Engku Emran Engku Zainal Abidin, yang baru sahaja berlangsung bulan lalu.

“Sebagai sahabat, saya benar-benar gembira dia (Laudya) akhirnya telah bertemu cinta sejati dan mendirikan rumah tangga.

“Saya juga memahami tugas isteri adalah mengikuti suami, tidak boleh suami ikut si isteri. Cuma nasihat saya agar Bella jangan melupakan keluarga yang berada di Indonesia,” katanya ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama 60 episod Dia, di Petaling Jaya baru-baru ini.

Irwansyah merupakan salah seorang peneraju dalam drama yang dijadual mula bersiaran di TV3 pada 14 Oktober ini.

Terdahulu, Laudya dilaporkan melafazkan ikrar untuk menjadi pendamping setia suaminya. Justeru dia perlu meninggalkan keluarga dan negara kelahirannya untuk bersama-sama suami di Malaysia.

Laudya dan Engku Emran diijabkabulkan pada 8 September lalu, selepas lima bulan menjalin cinta.

Walaupun ada yang merasakan tempoh perkenalan itu terlalu singkat dan mungkin mencetuskan masalah dalam rumah tangga mereka, Irwansyah yang juga popular dengan lagu Pencinta Wanita itu berpendapat sebaliknya.

“Memang bagus apabila pasangan berjumpa dan terus berkahwin meskipun berkenalan dalam tempoh dua atau tiga bulan saja.

“Saya dan isteri (Zaskia Sungkar) juga hanya berkenalan selama enam bulan. Alhamdulillah perkahwinan kami aman dan bahagia sampai sekarang,” katanya yang sudah menjadi suami sejak enam tahun lalu.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password