Lelaki Warga Tua 76 Tahun Maut Selepas Pondok Di Diaminya Dihempap Pokok Durian..

Lelaki Warga Tua 76 Tahun Maut Selepas Pondok Di Diaminya Dihempap Pokok Durian..

PONDOK di kawasan kebun yang dihempap pokok durian mengakibatkan seorang warga tua maut di Kampung Kalangaan, Penampang. – Foto ihsan IPD Penampang

PENAMPANG: Seorang lelaki warga tua maut selepas pokok durian menghempap pondok di kawasan kebunnya di Kampung Kalangaan, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, ketika kejadian jam 10.20 pagi, Podtung @ Gowonod Talah, 76, berada dalam pondok itu.

Dia meninggal dunia di tempat kejadian dan insiden itu disedari saudaranya sebelum menghubungi anak mangsa.



Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superitendan Rosley Hobden, berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 1.30 tengah hari daripada anak mangsa.

“Anak mangsa tidak mahu bedah siasat atau siasatan oleh polis kerana kematian bapanya tiada sebarang unsur jenayah.

“Selain itu, dia tidak mahu menambah kerumitan membawa mayat mangsa ke hospital disebabkan jarak terlalu jauh, tambahan pula lokasi kejadian tidak dapat dihubungi dengan jalan raya,” katanya ketika dihubungi di sini, malam ini.



Rosley berkata, polis tidak menolak kemungkinan kejadian itu disebabkan mendapan tanah susulan cuaca buruk dan hujan berterusan sejak beberapa hari lalu.

Katanya, mayat mangsa dibawa ke rumahnya di Kampung Terian untuk pengebumian.



Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password