Lelaki Terselamat Selepas Teringat Kisah Kematian Mendiang Steve Irwin, Tidak Cabut Paku Tertusuk Pada Jantungnya

 

Seorang lelaki berdepan dengan detik cemas apabila tidak sengaja tertembak dadanya sendiri dengan pistol paku miliknya.

Menurut Doug Bergeson, 52, dia bertindak untuk tidak mengeluarkan paku yang terpacak di jantungnya setelah teringati kejadian yang menimpa mendiang Steve Irwin.



“Irwin meninggal dunia kerana dia menarik tusukan duri ikan pari dari jantungnya, perkara itu yang bermain di kepala saya.


“Saya dapat lihat dengan jelas paku tersebut bergerak dengan degupan jantung, dan setiap kali ia berdegup saya rasa sakit,” katanya.

Dalam keadaan panik dia bertindak memandu kenderaannya selama 10 minit ke Hospital Bay Care Medical Centre dan perlu menjalani pembedahan ‘open-heart’.

Setibanya di hospital dia meminta bantuan dari pengawal keselamatan serta menelefon isterinya meminta membawa pakaian bersih untuknya.

Menurut Pakar Bedah Kardiotorasik, Dr Alexader Roitstein, paku terletak lapan inci dari arteri utama.

“Jika dia duduk dengan cara salah yang menyebabkan kedududukan jantung bergerak, dia akan mengalami mkomplikasi yang besar dan dia amat bernasib baik” katanya.

Selepas dua hari berada di hospital, dia beransur pulih dan dibenarkan kerja semula.

Sumber: Washington Post

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password