Lelaki pervert kantoi gunakan pen kamera untuk skodeng wanita di ‘fitting room’

Lelaki pervert kantoi gunakan pen kamera untuk skodeng wanita di 'fitting room'

Pernah tak dengar cerita bagaimana wanita diintai di bilik mandi atau bilik persalinan baju? Mesti ramai yang anggap benda ni takkan terjadi kepada diri sendiri kan? Namun itulah apa yang berlaku kepada Doreen Anho.

Doreen sedang mencuba pakaian di satu pusat membeli belah di Singapura apabila dia tersedar bahawa ada sebuah pen tergantung di hujung pintu. Curiga, Doreen panjat kerusi bilik itu dan mengambil pen tersebut.

Alangkah terkejutnya apabila Doreen mengamati pen tersebut dan melihat lensa kamera kecil di pen tersebut.

Pen tersebut masih beroperasi ketika diambil. Dengan perasaan marah, Doreen keluar ingin membuat laporan polis. Akan tetapi seorang jurujual lelaki menghalang dirinya.

Doreen tidak mengendahkan rayuan lelaki itu agar tidak membuat laporan polis. Lelaki tersebut berang lalu cuba merampas pen itu dari Doreen. Mereka bergelut seketika namun lelaki tersebut berjaya membawa lari pen tersebut.

Masih dalam kejutan dengan kejadian tersebut, Doreen kemudiannya melaporkan kejadian itu ke pihak polis. Lelaki tersebut berjaya ditangkap dan dikenal pasti sebagai Jia Jun.

Jia Jun telah berjaya diberkas oleh pihak polis namun menurut Doreen, Jia kini telah dibebaskan dan membuat laporan polis di Johor dek karana gambarnya telah tersebar di internet.

Doreen memberi komen yang dia tidak mahu malukan sesiapa, cuma hanya mahu memberi kesedaran kepada perempuan lain di luar sana.

Kepada wanita-wanita lain diluar sana, sila berhati-hati ketika di tempat awam terutamanya tandas dan bilik persalinan. Periksa dahulu semua tempat untuk memastikan bahawa semuanya selamat.

Sumber: Facebook

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password