Lelaki menangis bawah kereta enggan kenderaan ditunda pihak berkuasa

SEBUAH rakaman video pendek tersebar dan tular di media sosial menyaksikan seorang lelaki dipercayai pemilik kereta menangis di bawah kenderaannya di bahagian belakang, kerana enggan ia ditunda oleh pihak berkuasa.

menangis

Dari gaya percakapan, kejadian ini dipercayai berlaku di negara jiran kita Indonesia.

Difahamkan pihak berkuasa mahu menunda kereta tersebut, menggunakan sebuah trak penunda, kerana ia telah diletakkan secara salah dan melanggar undang-undang.

Menyedari tindakan itu diambil terhadap keretanya, pemiliknya bertindak nekad duduk di bawah kenderaan itu di bahagian belakang, sambil menangis dan memeluk lengan trak penunda yang digunakan.

Kedengaran anggota penguatkuasa cuba memujuk lelaki itu agar berhenti daripada menangis, namun tidak dipedulikannya.

Di bawah ini video yang dimaksudkan.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password