Lelaki Ini Beli Sebuah Meja Lama Ketika Jualan Lelong, Siapa Sangka Apa Yang Ditemui Dalam Meja Itu Telah Mengubah Kehidupan Sebuah Keluarga!

Lelaki Ini Beli Sebuah Meja Lama Ketika Jualan Lelong, Siapa Sangka Apa Yang Ditemui Dalam Meja Itu Telah Mengubah Kehidupan Sebuah Keluarga!

 

Beli sebuah meja lama ketika jualan lelong, siapa sangka apa yang ditemui dalam meja itu telah mengubah hidup sebuah keluarga!

Pada tahun 2014, seorang lelaki, Phil LeClerc dari Massachusetts telah membeli sebuah meja lama Gabenor Winthrop yang mempunyai reka bentuk klasik dengan harga serendah $40(RM158.27). Dia telah membeli meja itu di sebuah rumah lelong Holbrook.

Apabila dia pulang ke rumah dia mula meneliti meja itu dengan lebih dekat dan menemui beberapa kecacatan pada meja itu. Terdapat beberapa cip, kaki meja dan finial hiasan yang telah hilang. LeClerc juga mendapati ada sebiji finial di dalam salah satu laci meja tersebut.

Phil LeClerc kemudian menggegarkan meja tersebut untuk melihat jika ada apa-apa objek yang akan jatuh dari meja itu dan ketika itulah dia mendapati ada sampul putih kecil yang jatuh di lantai.

Meja ini dikatakan adalah model meja yang dikenali dengan “petak rahsia” kerana ada bahagian pada meja ini yang menjadi ‘lokasi rahsia’ di mana pemiliknya yang terdahulu telah menyembunyikan barang berharga di situ.

Siapa sangka LeClerc telah mendapati sejumlah wang kertas bernilai $127,000 (RM502,512.56) di dalam meja tersebut!

“Kami menjumpai beberapa keping $50, $100, $200, $500 dan kemudian kami dapati terdapat enam gulung wang kertas yang bernilai $10,000, ” kata LeClerc kepada WCBV.

Apabila LeClerc melihat di dalam sampul surat itu, dia menemui wang simpanan bernilai $ 127,000 (RM502,512.56)

LeClerc terkejut atas penemuan tersebut kerana menurutnya dia hanya mahu mencari tombol atau pemegang laci yang mungkin terletak dalam salah satu laci meja tersebut. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan dengan sejumlah wang sebanyak itu, lelaki itu kemudian menghubungi rumah lelongan dan cuba menghubungi keluarga asal yang memiliki meja tersebut.

Ternyata, keluarga itu sebenarnya pernah cuba untuk mencari wang simpanan tersebut.


LeClerc berhubung dengan anak lelaki kepada pemilik asal meja itu. Ternyata hasil jualan meja tersebut dan beberapa barang lain telah digunakan untuk membantu menampung kos perbelanjaan perubatan dan kemudahan hidup ayahnya yang berusia 94 tahun.

LeClerc telah memulangkan wang simpanan tersebut kepada pemilik asalnya tanpa berfikir

“Keluarga itu telah mencari wang tersebut selama bertahun-tahun,” kata Marg-E Kelley, pengendali rumah lelongan di mana meja itu dijual. Keluarga asal meja tersebut sangat gembira kerana pencarian mereka selama bertahun-tahun telah berakhir.

Keluarga yang tidak mahu dikenali itu memberitahu wartawan bahawa wang yang dijumpai tepat masanya, pada saat mereka benar-benar memerlukannya.

Menurut Kelly, apa yang dilakukan oleh LeClerc telah mengubah hidup keluarga pemilik asal meja tersebut. LeClerc di sisi lain sangat gembira kerana perbuatannya telah membantu sebuah keluarga.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password