Lelaki ditahan bantu siasatan 100 rangka penyu di Semporna

Seorang suspek lelaki berusia 60 tahun ditangkap di Kampung Pantau-Pantau, Pulau Bum-Bum di Semporna hari ini susulan penemuan rangka dan bangkai penyu di sekitar kawasan pulau itu.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata Mahkamah Majistret Semporna mengeluarkan perintah reman selama lima hari ke atas lelaki terbabit untuk membantu siasatan ekoran 100 rangka penyu yang ditemukan di pantai tersebut menjadi tular di media sosial minggu lepas.

“Jabatan Hidupan Liar masih meneruskan usaha memburu suspek-suspek lain yang dikenal pasti terlibat.

“Gerakan memburu itu meliputi beberapa kepulauan di perairan Semporna,” kata beliau dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Tuuga berkata siasatan sedang dijalankan untuk mengenal pasti tempat pembunuhan seekor gajah jantan yang bangkainya ditemukan terapung di Sungai Kinabatangan pada 25 September lalu.

Beliau berkata gerakan memburu dijalankan di sepanjang sungai menggunakan bot dan di daratan menggunakan kereta.

“Pemeriksaan di sepanjang Sungai Koyah, dekat kawasan bangkai gajah itu ditemukan terapung, tidak mengesan sebarang tapak kaki haiwan tersebut yang bermakna gajah itu tidak berasal dari kawasan itu,” kata beliau.

Beberapa suspek telahpun dikenal pasti sementara orang ramai juga membantu jabatan dengan memberi maklumat berkaitan insiden itu, kata beliau.

– Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password