Lelaki curi bateri kereta tak sampai seminit

RAKAMAN Litar Tertutup CCTV tersebar di media sosial menunjukkan bagaimana dua (2) orang lelaki mencuri bateri dari sebuah kereta dalam masa tak sampai seminit, atau lebih tepat hanya selama 30 saat.

Dua lelaki itu menunggang motorsikal sebelum salah seorang darinya turun menghampiri sebuah kereta jenis proton Wira di bahagian kanan hadapan, dan melakukan sesuatu di bahagian tayar.

Sejurus selepas itu, lelaki berkenaan terus boleh membuka penutup enjin kereta, sebelum mencuri bateri dari kenderaan itu dan berlalu pergi.



Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password