LELAKI BOTAK SERANG & UGUT DENGAN PELURU

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: LELAKI BOTAK SERANG & UGUT DENGAN PELURU

Nama pelakon Fathia Latiff kini mendapat perhatian ramai sejak ia ‘dipetik’ dalam Persidangan UMNO 2017 dan Exco Umno, Dira Abu Zahar turut memberikan pandangan terhadap tindakan Fathia yang dilihat hanya sekadar menjadi keyboard warrior berkenaan isu politik.

Gara-gara bersuara lantang membicarakan dan memberikan pendapat berkaitan hal politik di akaun Twitternya, Fathia mendedahkan yang beliau telah diugut oleh seorang pelakon lelaki sehingga beliau merasa trauma dengan kejadian tersebut.

Fathia atau nama penuhnya Nur Fathia Abdul Latiff, 30, berkata, individu itu bertindak membaling rantai dan mengugut untuk mencederakan dirinya tanpa sebarang sebab yang diketahui.

“Saya baru sahaja diserang oleh seorang berkepala botak. Selamat ada parang di belakang kereta. Anda semua perlu hati-hati.

“Dia cuba mengugut saya dengan berkata “jangan sampai peluru aku sampai kat kau”. Saya masih menggigil sehingga rasa trauma,” ujarnya menerusi laman sosial Twitter pada Sabtu.

Meskipun mengenali nama lelaki botak yang menyerangnya, Fathia bagaimanapun buat masa ini enggan mendedahkan identiti individu berkenaan atas sebab tertentu.

Dalam pada itu, pelakon ‘Ariana Rose’ ini berkata, dia memerlukan khidmat pengawal peribadi berikutan bagi menjaga keselamatannya yang kini terancam.

“Saya perlu pengawal peribadi!. Ada pengawal keselamatan tapi hanya tengok sahaja,” tuturnya yang memuatnaik gambar parang yang tersimpan dalam keretanya bagi tujuan kecemasan.

Bagaimanapun, jika diikutkan kenyataan Fathia di laman sosial tersebut, dia tidak membuat laporan polis berhubung situasi berkenaan kerana percaya bahawa pihak berkuasa lambat mengambil tindakan.

Nampaknya ketaksuban politik tanah air mampu membuatkan nyawa seseorang terancam sedangkan hak bersuara adalah milik semua orang.

Hak bersuara adalah milik semua orang apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara yang mengamalkan demokrasi.

Seeloknya Fathia buat sahaja laporan polis demi menjaga keselamatan dan mengelakkan perkara yang sama berulang kembali. Fathia boleh rujuk kembali pesanan ibu sebelum ini, “nyawa bukan boleh dijual beli”.


Sumber : MyArtis

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password