Layanan buruk dan disuruh untuk tanggal hijab, gadis ini dedah sisi gelap kehidupan sebenar di Kota Paris

Layanan buruk dan disuruh untuk tanggal hijab, gadis ini dedah sisi gelap kehidupan sebenar di Kota Paris

 

Kota Paris merupakan sebuah destinasi bulan madu terkenal buat pasangan yang baru berkahwin kerana ciri-ciri romantis yang dimiliki oleh kota itu. Ramai yang mengidam untuk bergambar bersama-sama dengan pasangannya dengan berlatar belakangkan Eiffel Tower.

Namun rata-rata mereka yang pernah ke sana akan terkejut setelah mendapati realiti sebenar kota romantis itu tidaklah seindah apa yang digambarkan di dalam laman-laman media sosial.

Itulah yang terjadi kepada seorang blogger setelah tiba di tempat tersebut bersama suami apabila beliau telah ‘dipinggarkan’ oleh masyarakat di situ. Pengalaman sepanjang berada di Paris telah diceritakan oleh gadis berhijab itu mengenai sisi gelap disebalik keromantisan kota berkenaan.

Seorang blogger baru-baru ini memuat naik sebuah rakaman video di akaun Youtube miliknya iaitu ‘We’re Never Going To Paris Ever Again’.

Blogger tersebut, Faa Firds telah meluahkan perasaan mengenai layanan buruk masyarakat kota itu terhadap rakyat Asia terutama bagi mereka yang berhijab.

Blogger ini mendedahkan bahawa ketika sedang berjalan di sekitar bandar, beberapa kali tubuh badannya telah dilanggar seakan-akan sengaja dilakukan oleh mereka. Dompet milik suaminya juga hampir dikebas oleh penyeluk saku ketika itu.

Faa Firds juga mempunyai pengalaman dengan seorang warga tua yang memandang beliau atas dan bawah yang kelihatan seakan-akan mempunyai sifat racism terhadap gadis berkenaan.

Ketika menunggu giliran untuk menaiki roller coaster pula, beliau disuruh untuk menanggalkan hijab sekiranya ingin menaiki permainan tersebut.

Rakaman video itu telah mendapat perhatian netizen Asia yang rata-rata turut mempunyai pengalaman yang sama seperti beliau, malah ada yang lebih teruk daripada kejadian-kejadian itu.

Berdasarkan komen oleh seorang netizen, ada pihak majikan yang bertindak kejam dengan tidak membayar gaji pekerja asing di sana. Apabila ingin meminta kerja, majikan akan menghiraukan permintaan mereka sebaliknya memaksa pekerja-pekerja tersebut untuk menjadi pencuci tandas sahaja.

Mereka berpendapat bahawa wanita Asia terutamanya yang berasal dari Thailand sebagai pisau cukur dan mata duitan dan menganggap orang Islam adalah pengganas.

Kredit : Youtube FaaFirds

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password