Lama menyepi daripada industri seni, Najwa Latif kini bergelar pensyarah muda

Lama menyepi daripada industri seni, Najwa Latif kini bergelar pensyarah muda

Siapa sangka penyanyi Najwa Latif pernah mencetuskan fenomena apabila lagu Cinta Muka Buku kerap diputarkan di stesen-stesen radio tempatan sekali gus bergelar juara di kebanyakan carta stesen berkenaan pada suatu ketika dahulu.

Namun gadis kecil molek itu rupa-rupanya sibuk me­lanjutkan pelajaran di peringkat Sarjana dengan mengambil jurusan Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (TESL) di Universiti Malaya (UM).

.

.

Terbaru, menurut laporan Utusan Online, penyanyi berusia 23 tahun itu telah bergelar pensyarah di Universiti Tun Abdul Razak (Unitar) sejak beberapa bulan yang lalu. Wah pensyarah muda mengajar anak muda!

Menurut Najwa, dia meluahkan rasa gembira kerana cita-citanya tercapai untuk bergelar pensyarah di usia muda serta dapat berkongsi ilmu dengan para pelajar di sana.

.

Namun walaupun usia sebaya dengan para pelajarnya, dia tidak mempunyai masalah bagi menyampaikan ilmu kerana kebanyakan pelajar di sana menghormati dirinya sebagai seorang tenaga pengajar.

.

Bagi kerjaya sebagai seorang anak seni pula, Najwa berkata dia masih lagi aktif dan tidak terfikir untuk meninggalkan terus bidang yang banyak menaikkan namanya itu.

Baru sahaja muncul dengan lagu berjudul Jauh, dia tidak menjangka sambutan amat menggalakan walaupun industri hiburan dipenuhi dengan muka-muka yang masih baru.

.

Tambah Najwa, dia gembira melihat muka-muka baru yang muncul saban hari dengan karya yang tak kurang hebat bagi memeriahkan lagi industri seni tanah air.

Semoga Najwa terus maju jaya dalam kerjaya sebagai seorang pensyarah dan lebih banyak berkarya dalam menghasilkan lagu berkualiti untuk para pencinta muzik di Malaysia!

Sumber : Utusan Online , Najwa Latif

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password