“Lain kali simpan no. kedutaan Malaysia…” – Wanita kongsi pengalaman di-pau pegawai imigresen Indonesia sewaktu di luar negara

"Lain kali simpan no. kedutaan Malaysia…" – Wanita kongsi pengalaman di-pau pegawai imigresen Indonesia sewaktu di luar negara

 

Isu kena pau di kaunter imigresen. Biasa tak dengar kena pau dengan imigresen Indonesia?

Diharapkan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta mengambil serius isu ini kerana ramai orang Malaysia yang terlibat dengan kes seperti ini.

Saya dan grup baru saja habis bercuti di Acheh dan kami dalam satu grup sudah berseronok bercuti dan mahu pulang ke Malaysia.

Masa mahu balik, tiba-tiba salah seorang daripada kawan kita orang sangkut. Alasan pegawai imigresen itu cop segitiga, iaitu cop dari Jakarta tahun 2016 itu sengat dan tidak betul-betul berbentuk segitiga dan mencurigakan.

Aku cuba mahu menolong kawan aku tetapi kena marah dan konon pegawai tersebut buat muka garang sambil memarahi aku,

“Kamu mahu bantuk kawan, kamu tinggal di sini atau kamu mahu terus pulang.”

Masa itu, memang dari awal lagi kita orang semua sudah siap daftar masuk, jadi sajalah mahu check-in awal, malas mahu berlari-lari. Kita orang punya berdebar tunggu kawan kitaorang ini takut tak lepas, tetapi saya sudah standby sebab supir di Banda Acheh itu pun kawan juga. Jadi dia bolehlah membantu kot.

Selepeas setengah jam, kawan saya yang sangkut itu masuk dan ceritakan, dia kena pau, dioa bagitahu pegawai imigresen itu mahu duit dan kawan saya tiada duit dan pegawai itu pergi ambil topi Hard Rock Bali dia.

Balik daripada itu, saya terus bertanya dengan pagawai kastam Malaysia macam mana mahu mengatasi masalah ini, kot-kot kalau ada kawan-kawan lain yang terkena. Pegawai kastam itu sarankan:

1) Report polis tapi biasala, polis sana pun nak rasuah dan kita takut juga kita tidak lepas dengan polis dorang.
2) Korang boleh simpan nombor Kedutaan Malaysia. Ini adalah tips yang paling bagus. Sekinya korang kena tahan, sila telefon saja kedutaan atau korang suruh saja orang kedutaan yang deal dengan orang yang bodoh macam ini.

Kesimpulannya sila bawak nombor Kedutaan Malaysia untuk setiap negara yang anda lawati Kalau rasa nk kena pau je call je kedutaan. Jangan bagi muka kat orang yang suka rasuah.

Sumber : Nurulhuda Mdaris Full

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password