”Kunyit Membunuh Kanser Darah Saya,” Doktor Sahkan Ia Merupakan Rekod Pertama Di Dunia Kanser Sembuh Menggunakan Kunyit

 

Seorang wanita yang telah bertarung dengan kanser selama bertahun-tahun mendakwa dia akhirnya berjaya membunuh sel penyakit itu dengan hanya mengamalkan kunyit.

Dieneke Ferguson dari London kini telah menjalani kehidupan normal selepas hampir berputus asa dengan segala rawatan hospital yang gagal menyembuhkan sakitnya.  Doktor telah mengesahkan, ini merupakan rekod pertama dimana seorang pesakit kanser mampu pulih dengan hanya menggunakan ramuan asli selepas berhenti menjalankan rawatan perubatan secara konvensional.

Walaupun mengetahui sel tumornya telah merebak selepas menjalani 3 kali rawatan kimoterapi dan 4 kali pemindahan sel stem, wanita 67 tahun ini mula mengambil inisiatif tradisional dengan mengamalkan sehari 8g kurkumin yang terdapat didalam kunyit sebagai sebatian utama.

Doktor yang merawatnya, menulis didalam British Medical Journal Case Reports: ” Menurut pengetahun kami, ini adalah laporan pertama dimana kunyit telah menunjukkan tindak balas objektif dalam penyakit jenis progresif dan merebak ini tanpa sokongan rawatan konvensional”.

Menurut pakar yang diketuai oleh Dr Abbas Zaidi berkata, “beberapa pesakit myeloma mengambil makanan tambahan disamping rawatan konvensional tetapi jumlahnya sedikit, jika ada, mereka hanya menggunakan makanan tambahan sebagai alternatif kepada terapi anti-myeloma”.

Sejak berabad dulu, lebih daripada 50 kajian telah menguji kunyit dan dikatakan ianya dapat melawan beberapa jenis kanser, Alzheimer, sakit jantung dan juga kemurungan.

Kandungan kurkumin yang terdapat didalam kunyit ini telah digunakan secara meluas didalam perubatan Timur, dan telah dikaji sebagai anti-radang dan antiseptik, namun penggunaannya masih minimal kerana ia tidak pernah diuji dalam ujian berskala besar.

Para doktor menulis bahawa ‘aktiviti’ biologi kurkumin ternyata luar biasa, termasuk kesan ‘anti-proliferatif’ dalam pelbagai jenis sel tumor.

Namun Profesor Jamie Cavenagh, salah seorang penulis laporan itu menegaskan bahawa kunyit mungkin tidak berfungsi kepada semua pensakit kanser.  Beliau berkata, “ramai persakit saya mengambil kunyit pada tahap yang berbeza dari rawatan mereka dan saya tidak membantahnya”

“Dianeke merupakan tindak balas terbaik dan ianya jelas kerana kami telah menghentikannya daripada semua rawatan lain”.

Ferguson yang menjalankan ‘Hidden Art’, merupakan perniagaan jenis non-profit yang bertujuan membantu artis-artis untuk mempromosikan hasil karya mereka agak sedikit kecewa kerana para doktor tidak pernah menyarankan sebarang rempah ratus dan mahukan lebih banyak kajian tentang ramuan tradisional dibuat.

Dia berkata, “saya berharap kisah saya akan memberi kesedaran kepada lebih ramai orang untuk mengetahui manfaat kunyit yang luar biasa”.

Myeloma telah menyerang 5,500 orang di UK setiap tahun dan hampir membunuh 3,000 daripada mereka. – Siakapkeli.my


Sumber: Daily Mail

Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password