“Kita cuba sedaya upaya untuk pujuk Sajat meneruskan proses itu.” – JAKIM dakwa dihalang daripada sahkan identiti Sajat

"Kita cuba sedaya upaya untuk pujuk Sajat meneruskan proses itu." – JAKIM dakwa dihalang daripada sahkan identiti Sajat

 

Selepas pertemuan empat mata di antara pegawai daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan Nur Sajat pada bulan lepas, pihak JAKIM dijangka akan mengambil tempoh masa sebulan untuk mengesahkan identiti sebenar usahawan kosmetik, Nursajat Kamaruzzaman. Namun setelah hampir sebulan, tiada sebarang jawapan daripada pihak berkenaan.

Terbaru, JAKIM mendakwa telah “dihalang” untuk meneruskan proses pengesahan identiti berkenaan. Keadaan ini menambah persoalan yang berlaku dalam kalangan netizen.

“Ada gangguan daripada pihak ketiga buat masa sekarang ini,” Kata Penolong Pengarah Kanan, Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Keluarga Sosial dan Komuniti, JAKIM, Dr Mohd Izwan Md Yusof.

.

Tambah beliau, pihak JAKIM akan terus cuba sedaya upaya untuk memujuk Sajat bagi meneruskan proses-proses itu seperti yang telah dipersetujui dalam pertemuan sebelum ini.

Beliau turut menafikan dakwaan seorang penulis blog menerusi video secara langsung di laman Facebook yang mengatakan JAKIM telah mengesahkan jantina sebenar Sajat.
.

Berita penangguhan pengumuman itu telah membuatkan ramai netizen berasa berang dan kecewa. Tidak kurang pula yang menuduh pihak JAKIM bersengkongkol dengan kemungkaran kerana tidak mahu menegakkan kebenaran.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password