Kit Siang saran Annuar jalani ujian darah

Pertikaman lidah di antara pemimpin Umno dan Lim Kit Siang telah semakin sengit denagn pemimpin veteran DAP itu mencadangkan supaya Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa untuk menjalani ujian darah.

Ini susulan kenyataan Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang mendakwa bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad sudah kehilangan “adab dan tatasusila sebagai orang Melayu” selepas “disuntik dengan darah DAP”.

“Semua orang, termasuk pemimpin Umno mesti bertanya-tanya darah apa yang telah disuntik kepada Tajuddin, memandangkan hari ini tidak ada pemimpin politik yang lebih celopar daripada Tajuddin yang tidak ada langsung adab dan tatasusila sebagai orang Melayu.

“Adakah Annuar bersetuju dengan analogi ‘suntikan darah’ bagi kelakuan yang tidak sewajarnya oleh pemimpin Umno sehingga tahap mereka bukan sahaja menjadi lambang kesetiaan kepada kleptokrasi tetapi kleptokrasi dunia?” soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Lim juga tertanya-tanya jika Annuar turut terjejas dengan “suntikan darah” berkenaan kerana kempennya yang berterusan untuk menyerang beliau dan Mahathir.

“Memandangkan tiada logik dan rasional dalam kenyataan Annuar, mungkin adalah idea baik bagi Annuar menjalani ujian darah,” katanya ketika mengulas kenyataan pemimpin Umno itu yang memuji dirinya kerana berjaya “menjinakkan” Mahathir.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password