Kit Siang akan jadi PM seterusnya, kata Salleh

Mengikut kelazimannya pemumpin supremo DAP Lim Kit Siang akan menjadi perdana menteri seterusnya atau memutuskan calon perdana menteri jika Pakatan Harapan menang pada pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana DAP bakal mempunyai bilangan kerusi parlimen terbesar dalam gabungan pembangkang, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said Keruak dalam blognya hari ini.

Beliau menyangkal kenyataan Lim pada 8 Oktober lalu yang berkata bahawa beliau tidak pernah menanam cita-cita untuk menjadi perdana menteri Malaysia, dan merasakan tidak akan ada perdana menteri dari kalangan orang bukan Melayu pada abad ini.

“Beliau tidak dapat menyembunyikan hakikat bahawa dirinya adalah pemimpin de facto DAP dan DAP, dengan jumlah kerusi terbesar, menentukan segala-galanya dalam HARAPAN,” kata bendahari Umno itu.

“Ini bermakna beliau juga akan menentukan siapa bakal menjadi perdana menteri jika HARAPAN menang pada PRU-14 dan sebagai ketua de facto parti dengan bilangan kerusi paling banyak, Kit Siang sendiri mungkin menjadi perdana menteri,” katanya.

Menurut Salleh, Lim dengan bijak mengketepikan Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan tertinggi itu dan berjaya memperkudakan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyembunyikan cita-cita politiknya.

“Ini sebab mengapa Mahathir begitu sensitif, dan setiap kali sesiapa bercakap mengenai Kit Siang menjadi perdana menteri, beliau adalah orang pertama yang akan menentang dan menafikan dakwaan itu serta mempertahankan Kit Siang,” katanya.

Beliau berkata Lim adalah orang yang bertanggungjawap menyebakan Pakatan Rakyat terkubur dan memutuskan hubungan dengan PAS walaupun PKR agak tidak rela berbuat demikian.

“Sejarah mereka penuh dengan contoh di mana Kit Siang dan bukannya Pakatan Rakyat yang memutuskan apa yang berlaku,” katanya.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password