Kisah cinta ratu Hindu, raja Muslim kini ‘halal’

 

Cubaan kumpulan tertentu mendapatkan perintah mahkamah mengharamkan filem tentang percintaan ratu Hindu dan raja beragama Islam ditolak mahkamah India hari ini.

Dengan keputusan Mahkamah Agung di New Delhi itu filem Padmavat kini boleh ditayangkan di seluruh India.

Permohonan mengaramkan Padmavat itu dibuat puak kanan Hindu serta kumpulan kasta yang menganggap filem berkenaan mencemar imej Ratu Padmini dari dinasti Rajput.

Dengan latar belakang abad ke-14, Padmavat menimbulkan kemarahan kasta Rajput yang berhujah, ia tidak menghormati sentimen kaum mereka.

Terdahulu pihak pengkritik memohon supaya Padmavat dilarang ditayangkan di enam negeri di India.

Mahkamah menegaskan Haryana, Gujarat, Himachal Pradesh, Madhya Pradesh, Rajasthan dan Uttarakhand perlu mematuhi perintah dikeluarkan dengan menayangkan filem berkenaan.

Hakim turut mengeluarkan perintah melarang negeri lain mengharamkan tayangan Padmavat.

Peguam mewakili penerbit Padmavat, Mahesh Agrawal, memberitahu Al Jazeera filem yang dibintangi Deepika Padukone itu akan mula ditayangkan 25 Jan ini.

“Ini adalah kemenangan buat kebebasan bersuara. Keputusan mahkamah juga membatalkan larangan yang dibuat sebelum ini,” katanya.

Filem itu dihasilkan daripada puisi panjang dihasilkan pada abad ke-16 oleh Malik Muhammad Jayasi.

Asalnya ia dijadual ditayangkan di seluruh India pada 1 Dis 2017 namun ditangguhkan akibat demonstrasi kumpulan penentang dan melarat kepada serangan terhadap pengarah serta set penggambarannya.

Mereka juga mengancam untuk membunuh Deepika.

Pada Nov tahun lalu seorang pemimpin Parti Bharatiya Janata Party menawarkan habuan AS$1.5 juta untuk sesiapa yang dapat memancung Deepika serta pengarahnya, Sanjay Leela Bhansali.

Turut membintangi filem berkenaan ialah Shahid Kapoor dan Ranveer Singh.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password