King Coco kini bergelar ibu, selamat lahirkan anak lelaki seberat 3.63KG

King Coco kini bergelar ibu, selamat lahirkan anak lelaki seberat 3.63KG

Setelah lama ‘berehat’ semasa menanti kelahiran anak pertamanya, peminat King Coco kini sudah boleh menarik nafas lega setelah selebriti, instafamous itu kembali dengan berita yang bakal membuatkan ramai peminatnya bergembira.

Instafamous yang terkenal dengan slang bahasa Inggerisnya itu telah selamat melahirkan anak sulungnya semalam di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur pada pukul 5.29 petang semalam.

Kegembiraan Coco bergelar ibu dikongsi olehnya di Instagram peribadinya dan juga suami, Azrin Abas yang teruja menanti kelahiran zuriat pertama mereka itu.

Setakat ini, bayi yang seberat 3.63KG ini belum diberikan sebarang nama lagi.

Ratusan peminat mula membanjiri laman Instagram suami King Coco, Captain Azrin bagi mengucapkan tahniah dan mengucapkan selamat berpantang.



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password