Khabar mahu lamar Erra bukan ‘penyelamat’ Shahir

Juara Akademi Fantasia musim kelapan, Shahir Zawawi, menafikan kenyataannya mengenai hajat ingin menyunting Erra Fazira bukan kerana cuba mengalih perhatian ramai daripada kontroversi yang sedang melanda dirinya.

Shahir juga memaklumkan, niatnya adalah ikhlas dan jika menjadi kenyataan, rombongan meminang aktres terkenal itu akan dihantar selewat-lewatnya awal tahun depan.

Shahir menegaskan, hanya Erra wanita yang bertakhta di hatinya buat masa ini.

“Selama lebih tiga tahun menjalinkan hubungan istimewa dengan Erra, saya berani katakan, hanya dia yang bertakhta di hati. Tiada wanita lain selain dia.

“Saya juga berhasrat ingin memperisterikannya awal tahun depan,” katanya mengenai pelakon berusia 43 tahun itu.

Menafikan kenyataan itu mahu menyelamatkan dirinya daripada kontroversi Shahir, 29, berkata dia perlu memberi justifikasi kepada perhubungan mereka.

“Harapan saya, tiada orang lain yang akan mengganggu gugat hubungan kami,” katanya.

Kisah penyanyi Aku Yang Berdosa itu tiba-tiba mencuri perhatian apabila gambarnya yang begitu mesra dengan seorang pramugari Mona Syamimi Mohd Samsudin, menjadi tular.

Gambar itu dimuat naik bersama keterangan yang seolah-olah menggambarkan mereka berdua adalah pasangan kekasih.

Pada masa sama kisah romantik Shahir – atau nama penuhnya Ahmad Shahir Zawawi – dan Erra sentiasa diburu media tempatan.

Shahir bagaimanapun menjelaskan, hubungan mereka tidak lebih daripada peminat dan artis. Namun, menerusi sebuah portal, Mona mengeluarkan kenyataan yang dilihat bercanggah dengan pengakuan penyanyi berkenaan.

Dalam pada itu, Shahir berkata dia masih menunggu kenyataan daripada Mona bagi membersihkan namanya kerana memuat naik gambar berserta kapsyen yang mengundang salah faham.

“Nampak ada percanggahan kenyataan antara saya dengan Mona. Saya diberitahu, wujud salah faham terhadap kenyataan yang diberikannya.

“Mona berjanji akan memberikan kenyataan baru sekali gus membersihkan nama saya. Saya kini hanya menunggu dan lihat,” katanya.



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password