Kertas siasatan 1MDB dihantar semula ke AGC

Kertas siasatan polis berhubung kes 1MDB dihantar semula kepada Jabtan Peguam Negara (AGC) dan sedang menunggu nasihat dan arahan selanjutnya, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Kertas siasatan polis berhubung siasatan ke atas 1MDB telah beberapa kali dikemukakan ke Jabatan Peguam Negara dan dikembalikan semula dengan arahan untuk melaksanakan beberapa tindakan lanjut.

“Polis telah melaksanakan tindakan-tindakan siasatan yang diarahkan oleh Jabatan Peguam Negara dan telah merujuk kembali kertas siasatan berkenaan ke Pejabat Peguam Negara.

“Sehingga kini, polis sedang menunggu nasihat dan arahan selanjutnya daripada Jabatan Peguam Negara,” kata Ahmad Zahid kepada Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam jawapan bertulis parlimen pada 2 Nov, dalam kapasitinya sebagai menteri dalam negeri.

Jabatan Peguam Negara pada 24 Oktober lalu, menolak kertas siasatan polis terhadap 1MDB, atas alasan kekurangan bukti.

Pua dalam soalannya meminta menteri berkenaan menyatakan kedudukan siasatan polis terhadap Datuk Shahrol Azral Ibrahim Hilmi, bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, dan pegawai pengurusan lain, seperti yang disyorkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Adakah kes sudah ditutup, dan tiada pihak, didapati bersalah?” soal Pua.

Pada April 2016, PAC membentangkan laporan 106 halaman berhubung 1MDB di Dewan Rakyat.

Jawatankuasa berkenaan yang terdiri daripada anggota parlimen BN dan pembangkang, mencadangkan, antara lain, pihak berkuasa menyiasat Shahrol dan pihak yang terbabit dalam pengurusan firma pelaburan strategik milik negara itu.

[Baca berita penuh]

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password