“Kerjalah, carik duit!! Bukan harap barang free hari2…” – Komen wanita ini tentang isu AEON Tebrau buat ramai ‘sentap’

"Kerjalah, carik duit!! Bukan harap barang free hari2…" – Komen wanita ini tentang isu AEON Tebrau buat ramai 'sentap'
Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, petang semalam beramah mesra bersama rakyat dan menanggung setiap pembelian pelanggan di AEON Tebrau, Johor Bahru.Namun pasar raya itu terpaksa ditutup susulan kehabisan stok barang sehingga gambar troli yang diisi penuh dengan barang dan dibiarkan terbengkalai di kaunter bayaran menjadi tular di laman media sosial hari ini.

Kejadian itu membuatkan seorang pengguna Facebook berasa terpanggil untuk memberikan pendapat mengenai perkara yang memalukan itu.

Hari ni akak rasa terpanggil untuk memberi komen.

1. “Dah bagi betis nak peha”

.

Ada komen-komen yang mengatakan TMJ patut buat selalu macam ni pergi ke Giant, Econsave, KIP Mart. (What? Buat selalu? Kau ingat TMJ tu ada kilang chop duit ke?). Ni la golongan yang diberi betis nak peha. Mungkin semalam Tunku lalu dekat situ dan saja nak shopping kat sana, jadi dia nak shopping bersama rakyatnya biarlah, siapa yang ada kat situ je yang untung. Jangan berharap rezeki datang bergolek dik oi.

2. “Takde adab, takde rasa tanggungjawab”

Kau orang tengok sendiri gambar ni sesudah ditinggalkan, korang tak rasa kesian ke pada pekerja jusco tu? Kalau ada anak-anak korang ke yang kerja kat sana kesian dibuat macam ni. Dah jusco terpaksa tutup hari ni sebab nak kemas barang yang bersepah.

3. Tutup pun masih berduyun datang belanja

.

Kau orang ingat TMJ datang hari-hari ke? Jusco dah tutup sementara nak kemas barang, kau orang takde tempat lain ke nak pergi belanja barang?

4. Viral TMJ nak datang Pontian

Kau orang ni terlalu mengharapkan eh.. Weyhhh!!! Kerjaaa!!! Cari duit bukan dapat barang free hari-hari.

5. “TMJ patut beri sumbangan pada anak yatim dan orang tua?”

.

Kau rasa ayat kau ni betul ke tidak? TMJ dan Sultan Johor dah selalu buat cuma takde orang nak war-warkan je. Dan di Johor sultan kami ada Yayasan Laksmana lagi tau. Takkan setiap kali sedekah nak war-warkan. Adeh, kang kata riak pulak.

6. Hati-hati komen

Jangan nak salahkan bangsa Johor je, apa orang Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah takde yang menetap kat Johor ke? Takde yang datang jusco ke? Kakak nak pesan jangan salahkan satu bangsa sahaja. Jusco ni orang seberang pun ada datang dan kakak difahamkan bukan orang melayu je ada pada hari tersebut. So komen tu baik-baik ye, jangan salahkan bangsa tapi kita semua rakyat malaysia kan. Ni semua golongan buragas A.K.A raksasa. 

Sumber : Sara SZ Bridal

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password