Kerana Minyak Masak RM10, Pemandu Grab Baik Hati Ini Sanggup Cari Balik Rumah Penumpang

Siapa kata sudah tiada lagi orang bersifat baik hati dan sanggup memudahkan urusan orang lain walaupun orang itu tidak kita kenali. Pertolongan walau sekecil-kecil perkara sekalipun, wajar dilakukan jika mampu untuk memberi kesenangan kepada pihak lain biarpun tiada ganjaran akan dibalas. Hati nurani yang baik itu yang akan mencerminkan sikap kita yang sebenar. Ye tak?

Seorang netizen Hazrey tampil berkongsi di laman twitternya kisah seorang pemandu Grab yang baik hati. Lelaki ini sanggup mencari semula rumah penumpangnya semata-mata mahu memulangkan barangan dapur yang tertinggal dalam bonet keretanya.

Tak semua orang boleh bersikap begini. Respek la dengan sikap brother Raymond ini !

Cari rumah penumpang yang tertinggal minyak masak..

Salah rumah. Pusing lagi satu lorong, setengah jam dia datang balik..

Habis kerja, terus cari rumah penumpang semula…


Susah payah hantarkan walaupun nilainya cuma RM10..


Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password