Kerana Masalah Kewangan Dan Ditinggalkan Oleh Suami, Ibu Ini Terpaksa Menyerahkan Bayi Yang Baru Dilahirkan Untuk Dijadikan Anak Angkat, Tapi Malangnya Hubungan Mereka Diputuskan. 18 Tahun Kemudian Kejutan Yang Buatkan Ibu Ini Menitiskan Air Mata!

Semestinya membuat keputusan untuk menyerahkan bayi sendiri untuk dijaga oleh keluarga lain bukanlah satu keputusan yang mudah.

Namun proses pengambilan anak angkat itu terpaksa dilakukan demi kepentingan dan masa depan kesemua pihak yang terbabit. Apabila masa telah berlalu mungkin keputusan ini akan difahami oleh kesemua pihak.

Mungkin ada peluang dan takdir akan menyebelahi bagi mereka yang berperasaan jujur dan ikhlas semasa membuat keputusan tersebut. Satu mimpi menjadi kenyataan apabila seorang ibu yang telah lama terpisah dengan bayi lelakinya bertemu kembali di Winter Park, Florida, Amerika Syarikat.



Tammy Oswalt telah bertemu kembali dengan anak lelakinya, Bruce yang diserahkan kepada keluarga angkat sebaik dilahirkan.

Lapan belas tahun yang lalu, Tammy telah disahkan hamil dengan anak ketiga sambil membesarkan dua orang anak perempuannya dalam keadaan kesempitan hidup.

Keadaan kewangannya pada ketika itu tidak mengizinkan Tammy untuk membesarkan seorang lagi anak.

Pasangannya baru sahaja meninggalkannya, beliau telah kehilangan pekerjaan dan keluarganya hampir dihalau dari rumah sewa.

Tammy menerangkan, “Bayi lelaki saya sangat layak untuk diambil oleh orang yang lebih menyayanginya, memberinya rumah yang stabil dan segala keperluan yang boleh diberikan kepadanya pada masa itu. Saya berasa berbelah bahagi dan tidak rela sebenarnya untuk menyerahkannya. Setiap hari saya memikirkan di mana anak lelaki saya sekarang, bagaimana keadaannya dan sama ada Bruce membenci saya kerana telah menyerahkannya kepada orang lain.”

Bruce telah diserahkan kepada keluarga angkat dan dinamakan semula sebagai Dylan.

Tammy berhubungan dengan ibu angkat Dylan buat beberapa ketika. Tetapi kemudian, apabila pertanyaannya tidak lagi dilayan, Tammy membuat keputusan untuk mengundur diri secara senyap.



Tammy kini hanya berharap pada satu hari beliau akan bertemu dengan anak lelakinya kembali.

Tanpa diketahui oleh Tammy, Dylan telah mendapat tahu dan bertemu dengan kakaknya, Sammy Hewett, salah seorang anak perempuan Tammy.

Mereka bertemu melalui halaman sosial pada musim luruh 2016. Kedua adik beradik itu telah berkomunikasi selama beberapa bulan sehingga akhirnya Sammy memberitahu ibunya yang dia telah berhubungan dengan Dylan.

Akhirnya ibu dan anak lelaki itu telah dapat berbual melalui telefon buat kali pertamanya pada bulan Ogos.

Pada bulan September yang lepas, beberapa hari selepas hari lahir Tammy, Sammy telah mengajak Tammy keluar untuk satu makan malam dan tanpa dijangka telah memberinya satu kejutan hadiah hari lahir yang amat bermakna dalam hidupnya.



Sammy berkata kepada ibunya, “Ibu, saya mahu memperkenalkan kepada kamu, anak lelaki kamu, Dylan.”

Kemudian Tammy telah melihat di bahu sebelah kanannya dan amat terkejut melihat Dylan telah berada disebelahnya.

Image may contain: 2 people, people smiling, people sitting

Dengan wajah yang tidak mempercayai kerana tidak menyangka beliau akan dapat bertemu dengan anak lelakinya, Tammy telah bangun dan memeluk Dylan dengan erat.

Kini segala kerinduan dan pertanyaan itu telah dijawab.Pertemuan ibu dan anak lelaki ini amat menyentuh hati.

Image may contain: 2 people, people smiling, closeup and indoor
Mereka berpisah kerana keadaan yang memaksa dan terdesak, bukan kerana suka untuk melepaskan bebanan dan tanggungjawab.

Image may contain: 3 people, people smiling, closeup and outdoor

Selepas pertemuan itu, Tammy dan Dylan telah berjanji untuk berhubungan dengan lebih kerap dan tidak lagi terputus hubungan.



Dylan berkata, “Kini hidup saya baru terasa lapang dan lengkap. Tiada lagi berasa terdapat seperti adanya lubang di dalam kehidupan ini yang saya sentiasa tertanya-tanya dan tidak tahu mengapa saya merasa begitu di dalam hati ini.”


Image may contain: 1 person, closeup

Akhirnya impian ibu ini menjadi kenyataan apabila telah dapat berjumpa semula dengan anak lelakinya.

Lihat video pertemuan beremosi ibu dan anak lelaki ini dibawah:

Kredit: Era Baru



Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password