‘Kepala bapak kau!’

Dalam serangan terbaru Datuk Seri Najib Razak terhadap pembangkang, hari ini beliau menzahirkan kemarahannya dengan lebih nyata.

Berucap di mesyuarat agung tahunan MCA di Kuala Lumpur pengerusi BN itu berkata hubungan Malaysia dan China yang berlaku di bawah pentadbirannya tidak akan menjejaskan kedaulatan negara.

Mengulas pendirian Pakatan Harapan – yang diketuai tokoh yang sebelum ini melobi untuk menaikkan Najib sebagai perdana menteri – untuk mengkaji semula perjanjian berkenaan, perdana menteri berkata ia sangat tidak logik.

“Mereka mengancam untuk mengubah segala-galanya, kononnya (Malaysia) menjual kedaulatan. Apa? Kepala bapak kau! Tak logik,” katanya dengan bersemangat di depan ribuan perwakilan yang memenuhi dewan persidangan di Ibu Pejabat MCA di Jalan Ampang.

Bagaimanapun Najib kemudian meminta maaf kerana menggunakan “bahasa kasar” dalam ucapannya.

Kata Najib tidak ada kedaulatan negara yang tergadai ekoran keputusan kerajaan mengadakan hubungan ekonomi dan pelaburan dari China.

“Bodoh. Anda fikir Kuantan Industrial Park orang Malaysia tak boleh masuk?

“Bodoh punya kerja. Saya tak lah terlalu bodoh untuk menipu Malaysia. Ini adalah tanah air kita yang berdaulat,” katanya disambut dengan tepukan gemuruh hadirin.

Menjelaskan kenyataan itu perdana menteri mengakui beliau berang dengan kenyataan dibuat pembangkang yang disifatkannya sebagai menipu serta mengarut.

“Pergi Forest City cerita macam-macam. Itu semua tanah tebus gunalah, bukan tanah Johor.

“Tanah tebus guna sebahagiannya dijual kepada pihak luar negara, manakala sebahagian lagi kepada orang tempatan.

“Anda fikir mentaliti orang Malaysia begitu bodoh hingga tak boleh berfikir sendiri?” katanya.

[Berita lanjut mennyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password