“Kenapa tak wish Tun M jugak?…” – Hanya ucap tahniah pada Azmin Ali, netizen soal tindakan Nedim

"Kenapa tak wish Tun M jugak?…" – Hanya ucap tahniah pada Azmin Ali, netizen soal tindakan Nedim
Keputusan PRU14 menyaksikan sejarah tercipta apabila Pakatan Harapan (Harapan) berjaya memperoleh majoriti dengan kemenangan di 113 kerusi Parlimen.Pengerusi Harapan yang juga Perdana Menteri ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dihujani dengan ucapan tahniah khas buat parti pembangkang kerana berjaya menerajui negara buat pertama kali selepas 60 tahun diperintah BN.

Selain pemimpin berjiwa rakyat Khairy Jamaluddin, suami kepada pelakon Nora Danish iaitu  Nedim Nazri Aziz tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan tahniah dan luahan hati sepanjang melangsungkan kempen sempena PRU14.

.

“Bismillah, dengan ini saya ingin mengucapkan setinggi tahniah kepada Datuk Seri @azmin_ali dan juga Pakatan Harapan atas kemenangan pada PRU14 ini

“Walaupun parti saya tak menang tapi they always say change is good, so InsyaAllah saya sedikit sebanyak juga ingin melihat jika perubahan ini boleh memenangi hati saya pada PRU15 akan datang (mana lah tau kan)

“Election telah pun selesai tak perlu nak gaduh2, saya gentleman terima perubahan ini. Kita semua mempunyai suara dan suara ini adalah suara rakyat Malaysia.

“Sekali lagi kepada semua followers saya, thank you for being very mature di ruang comment saya. Kepada yang nak memaki hamun tak pasal2 sila buat di ruangan ini atau DM dan bukan di gambar anak2 saya. Terima kasih semua,” katanya menerusi sebuah coretan di Instagram miliknya.

Kapsyen tersebut turut disertakan dengan ‘hashtag’  #banyakNyeTiba2tukarteam #sayaTetapBiruTua #congratsPH #abgTetapPSP kelihatan seakan-akan memerli individu yang bertukar parti.

Rata-rata netizen juga mempersoalkan mengapa anak kepada Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz itu tidak mengucapkan tahniah buat Tun M kerana beliau merupakan individu yang paling terpengaruh dalam parti berkenaan.

Tidak mahu pengikutnya membuat pelbagai spekulasi, Nedim telah tampil menjelaskan serta memberi alasan kukuh mengenai perkara tersebut.

.

Walau bagaimanapun seperti yang dijelaskan oleh Nedim, ini kerana beliau lebih mengenali Azmin secara peribadi berbanding Tun M.

Sumber : Nedim Nazri Aziz

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password