Kenali Cikgu Meera yang cantik dan tular di media sosial gara-gara nyanyian yang merdu, kini sudah bergelar artis

Kenali Cikgu Meera yang cantik dan tular di media sosial gara-gara nyanyian yang merdu, kini sudah bergelar artis

 

Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Perumpamaan ini sesuai diberikan kepada Ameera Nabila atau lebih mesra dengan panggilan Cikgu Meera yang telah menjadi terkenal setelah videonya tular di laman media sosial.

Selain daripada kecomelan wajahnya itu, ramai netizen turut terpukau dengan keunikan suaranya yang lunak itu. Beliau mula jadi terkenal setelah menyanyikan beberapa buah lagu yang popular menerusi aplikasi Smule yang terkenal itu.

Bertugas sebagai seorang guru muzik di sebuah sekolah di Shah Alam, Selangor, Cikgu Meera telah menyanyikan pelbagai buah genre lagu seperti balada, slow rock dan pop rock menerusi aplikasi Smule. 

Menurut Cikgu Ameera yang berusia 25 tahun itu, menyanyi merupakan aktiviti kegemarannya ketika masa lapang.

.

.

Bakat nyanyian Cikgu Meera semakin dikenali ramai sehingga pihak Jayy Production telah ‘melamar’ beliau untuk menjadi seorang artis di bawah naungannya.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Cikgu Meera mempunyai lagu dan video klip bertajuk Oh Sayang Ku hasil ciptaan komposer terkenal tempatan, Eddie Hamid.

Memiliki senyuman yang manis, Cikgu Meera berasa bersyukur apabila masyarakat menerima secara positif kehadirannya sebagai seorang anak seni.

Semoga Cikgu Meera terus berjaya.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password