Kembar ‘7G’ yang dengan bangga memalukan nama sekolah dan cikgu sekali tampil mohon maaf, tapi nekad takkan maafkan individu yang sebar video

Kembar ‘7G’ yang dengan bangga memalukan nama sekolah dan cikgu sekali tampil mohon maaf, tapi nekad takkan maafkan individu yang sebar video

Selepas teruk dihentam oleh netizen kerana menyalahkan para pendidik dan sekolah kerana mendapat keputusan gagal ‘7G’, Instafamous Ieka dan kembarnya, Iera tampil membuat permohonan maaf di di laman Instagram mereka.

.

.

.

“Hi dan Assalamualaikum untuk pembaca sekalian. Di kesempatan ini, kami (Ieka dan Iera) ingin menjelaskan dan memohon maaf di atas isu viral mengenai hal kami yang telah menjadi isu perbualan orang ramai sekarang ini.

“Sepertimana di dalam video live Ieka yang tersebar, kami tidak sesekali bermaksud untuk menjatuhkan maruah sekolah kami.

“Dan di kesempatan ini kami ingin memohon maaf di atas keterlanjuran menyebut nama sekolah tersebut dan tidak akan mengulanginya lagi,” kata gadis berusia 17 tahun itu.

Ieka atau Siti Norsyafiqah Tajudin berkata, kes tersebut tiada kaitan dengan sekolahnya tetapi melibatkan kalangan kawan-kawan yang didakwa ingin menjatuhkan dia dan pasangan kembarnya.

“Masalah ini hanya melibatkan kalangan kawan kami sahaja yang ingin menjatuhkan kami berdua dan sanggup menyebarkan isu privasi kami kepada orang awam.

“Kami anggap ianya agak melampaui batas dan menjatuhkan maruah,” tambahnya.

Walau bagaimanapun, Ieka dan kembarnya, Siti Norsyakirah membuat keputusan untuk tidak memaafkan individu terbabit.

“Kami tidak akan memaafkan mereka dia atas segala perbuatan dilakukan. Sebaliknya kami bangkit dan kuat untuk hadapi isu ini.

“Segala tohmahan cacian dan kritikan yang kami terima kami jadikan sebagai satu suntikan semangat untuk terus sukses dalam kehidupan kami.

“Sesungguhnya gagal atau bodoh itu tidak menjamin seseorang itu untuk turut gagal dalam kehidupan. Kami harap isu ini tidak dibangkitkan lagi.

“Terima kasih kepada mereka yang selalu ada bersama kami dan tidak putus memberikan semangat mengetahui cerita yang sebenar berlaku di sebalik kejadian itu,” ujarnya.

Selain itu, Ieka turut berkongsi posting seorang individu yang mendakwa dirinya adalah salah seorang yang menyebarkan video ‘live’ tersebut.

.

Menerusi posting berkenaan, individu tersebut memohon maaf atas kesilapannya memuat naik video itu serta berjanji akan memadam posting yang telah menjadi tular di laman media sosial.

Namun difahamkan melalui kapsyen di posting tersebut, pasangan kembar itu enggan memaafkan individu berkenaan.

“Anda mungkin boleh minta maaf tapi anda cari pasal dengan orang yang salah,” tulisnya.

Sumber : Ieka Tajudin melalui ohmymedia

Sumber :BlogMazeer

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password