Kemalangan jejaskan kesihatan Anwar, kata peguam

Pihak berkuasa penjara didakwa mengambil masa tiga hari sebelum memutuskan untuk menghantar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ke hospital berikutan satu kemalangan, kata peguamnya.

Mereka berkata, kegagalan mengejarkan Anwar ke hospital pada Jumaat lalu, tidak dijelaskan dan tidak wajar.

“Kemalangan itu memburukkan lagi kecederaan semasa dan sebelum ini pada bahu kanannya, leher dan tulang belakang, menyebabkan beliau terus kesakitan.

“Sekembalinya ke penjara, Anwar hanya diberi suntikan dan ubat penahan sakit,” kata peguam Sivarasa Rasiah, N Surendran dan Latheefa Koya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 22 Sept lalu, konvoi kereta dan van yang membawa pegawai penjara dan Anwar terlibat dalam kemalangan sewaktu mereka memindahkan bekas ketua pembangkang itu dari Hospital Kuala Lumpur ke Penjara Sungai Buloh selepas menjalani rawatan selama empat hari.

Bagaimanapun ketua umum PKR itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius akibat kemalangan itu, kata Sivarasa pada hari kemalangan.

Namun, peguam itu mendakwa doktor yang ditugaskan memeriksanya pada hari berkenaan di penjara, gagal memberi arahan supaya Anwar dibawa semula ke hospital.

“Hanya selepas tiga hari kemudian, selepas mengalami kesakitan dan ketidakselesaan teruk, Anwar dibawa ke HKL,” kata mereka.

“Rawatan perubatan sewajar adalah hak setiap individu yang dipenjarakan, kami telah menulis surat kepada menteri-menteri dalam negeri dan kesihatan menuntut penjelasan mengenai kegagalan itu,” kata mereka.

Malaysiakini juga sedang menunggu maklum balas dari Kementerian Kesihatan dan Jabatan Penjara berhubung dakwaan itu.

[Baca berita penuh]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password