Keluarkan peranan AG dalam pindaan RUU Dadah Berbahaya

Rang-Undang-undang Dadah Berbahaya (pindaan 2017) yang dibentangkan di parlimen hari ini sepatutnya memberikan kuasa sepenuhnya kepada mahkamah menjatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup tanpa melibatkan pendakwa raya.

Anggota Parlimen Padang Serai N Surendran (PKR) berkata pindaan baru itu adalah pencabulan serius terhadap kuasa kehakiman dan melanggar doktrin pemisahan kuasa.

“Hukuman dan jenis hukuman mestilah semata-mata diputuskan kehakiman, tanpa melibatkan sebarang kuasa eksekutif.

“Bahayanya peruntukan ini akan memberikan ruang kepada rasuah dalam proses membuat keputusan oleh pendakwa raya,” katanya.

Surendran merujuk pindaan kepada Seksyen 39B (2) Akta Dadah Berbahaya bahawa mahkamah perlu mengambil kira perakuan secara bertulis oleh pendakwa raya yang mana pada penentuan pendakwa raya, orang yang disabitkan sudah membantu agensi penguatkuasaan dalam mengendalikan aktiviti pengedaran dadah di dalam dan luar Malaysia.

Pindaan itu dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said hari ini dan dijangka akan diluluskan dalam sesi Parlimen yang berakhir pada 30 November.

Apabila dikuatkuasakan pindaan kepada akta itu terpakai kepada individu yang dituduh namun belum disabitkan di bawah seksyen 39B (2) oleh mahkamah dan tidak terpakai bagi kes yang menunggu rayuan, di mana kes itu perlu melalui proses wajar sedia ada.

Memetik peranan pendakwa raya dalam pindaan itu, Surendran, yang merupakan pengkritik hukuman mati mandatori menyatakan mahkamah tidak mempunyai pilihan tetapi akan menjatuhkan hukuman mati kepada semua tertuduh yang dinafikan perakuan bertulis oleh peguam negara.

“Oleh itu, AG dan pendakwa rayanya akan memegang kuasa untuk memutuskan sama ada seseorang tertuduh menghadapi hukuman gantung atau tidak.

“Rang undang-undang itu juga memperuntukkan bahawa pemberian atau penafian sijil itu adalah ‘budi bicara mutlak’ pendakwa raya. Mahkamah tidak boleh mempersoalkannya,” kata Surendran.

[Baca berita penuh]

 



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password