Keluarga Senrose dan semakin dikenali, ini 5 perkara menarik tentang Aprena Manrose

Keluarga Senrose dan semakin dikenali, ini 5 perkara menarik tentang Aprena Manrose
Pelakon baru, Aprena Manrose semakin mendapat tempat dalam hati kalangan peminat drama tempatan di negara ini kerana memegang watak utama serta mutu lakonan yang hebat dalam beberapa drama lakonannya.Mungkin ramai yang ingin tahu siapakah gerangan gadis berusia 25 tahun itu yang bukan sahaja tampil dengan kecantikan yang ada, malah turut disertakan dengan bakat lakonan yang hebat.

Berikut adalah lima perkara menarik tentang pelakon Tiada Arah Jodoh Kita itu yang mendapat sambutan baik dan tersenarai dalam ‘trending’ topik pada setiap episod.

.

Dilahirkan dalam keluarga seni, Aprena merupakan anak bongsu penyanyi dangdut Iwan Syahman bersama bekas isteri, pelakon dan penerbit drama Allahyarham Rosnah Mohd Noor.

Aprena juga mempunyai seorang kakak, Oktovia Manrose yang sedang mencipta nama di arena seni serta memulakan kerjaya sebagai pelakon tiga tahun lalu atas dorongan arwah ibu mereka.

.

Walaupun sibuk dengan jadual harian, dia juga menyambung sesi pengajian dalam bidang Diploma Penyiaran dan Filem, Kolej Universiti Metropolitan Kuala Lumpur (KLMU) bagi mencapai cita-cita dalam bidang lakonan.

.

Selesa berkongsi mengenai perkara sebenar, Aprena juga telah berkahwin dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Afiq Hazman sejak dua tahun lalu namun masih belum memiliki cahaya mata.

.

Aprena juga mempunyai pertalian keluarga dengan adik-beradik pelakon terkenal iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose yang merupakan sepupu sebelah arwah ibunya.

Semoga Aprena terus mengorak langkah dengan lebih jauh melalui bakat lakonannya yang semakin meraih populariti dalam kalangan peminat artis tanah air!

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password