Kelantanfm anjur pertandingan lagu loghat Kelantan

Kelantanfm akan menganjurkan pertandingan Lagu Loghat Kelantan bermula November ini dalam usaha mengembalikan nostalgia dan mengangkat semula lagu tempatan.

Pengarah Jabatan Penyiaran Kelantan Noriani Mohd Idris berkata pertandingan tersebut akan diadakan dalam tiga saringan bermula Ahad ini (22 Okt) manakala peringkat akhir pertandingan pada 5 Nov.

“Pertandingan seumpama itu akan memperkasakan RTM dalam pencarian bakat baharu yang mungkin menjadi pencetus kepada pertandingan lagu-lagu loghat dan rentak muzik asli di peringkat kebangsaan.

“Kelantanfm berharap ia akan menjadi sebagai satu manifestasi penghargaan kepada sektor yang terlibat dalam menjayakan budaya seni mencakupi aspek kesenian, kebudayaan dan kemasyarakatan,” katanya dalam satu kenyataan di Kota Bharu, hari ini.

Noriani berkata penyertaan terbuka kepada Melayu dan bukan Melayu berusia 18 hingga 45 tahun yang bertujuan mencetuskan semangat jati diri masyarakat di negeri ini.

“Dengan adanya pertandingan ini juga, stesen radio RTM dapat mendekati pendengar muda serta dapat mendedahkan aspek Transformasi Kelantanfm untuk 2018 selain pemenang pertandingan akan dijadikan ikon dalam slot khas budaya dan warisan di stesen radio RTM Kelantan,” katanya.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi Che Syamimi Che Soh di [email protected] atau telefon 017-9143863.

-Bernama



Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password