Kekal langsing lepas bersalin, Amyra Rosli digelar ‘hot mom’

Kekal langsing lepas bersalin, Amyra Rosli digelar 'hot mom'

Apabila perempuan sudah berkahwin kemudian mengandung dan melahirkan anak pasti bentuk badan mereka akan berubah. Inilah perkara yang paling digeruni oleh ramai wanita zaman sekarang.

Malah, ada segelintir perempuan yang tidak mahu mengandung atau berkahwin kerana risau bentuk badan mereka akan mengalami perubahan.

Namun, pelakon Amyra Rosli telah membuktikan walaupun sudah memiliki seorang cahaya mata tetapi beliau masih boleh tampil bergaya.Menerusi akaun Instagram pelakon drama Nur itu, beliau telah memuat naik gambar bersama anak lelakinya, Aqeef Anaqi yang comel telah mendapat perhatian orang ramai.


Lantaran itu, netizen telah memenuhi ruangan komen di Instagram isteri kepada pelakon Ammar Bahrin dengan memuji bentuk badan Amyra yang kelihatan langsing seperti anak dara walaupun sudah melahirkan anak sejak 8 bulan yang lalu.

.

.

.

.

Sumber : Amyra Rosli

 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password