Kejam! 2 Kali Diracun Tapi Tidak Berkesan Dan Masih Hidup, Janda Kaya Akhirnya Dicekik Hingga Mati Oleh Pemandu Peribadi Sendiri..

Kejam! 2 Kali Diracun Tapi Tidak Berkesan Dan Masih Hidup, Janda Kaya Akhirnya Dicekik Hingga Mati Oleh Pemandu Peribadi Sendiri..

 

 

NGAWI: Kejam! Itu saja perkataan yang dapat menggambarkan perlakuan keji dua lelaki di Ngawi, Indonesia yang bertindak meracun seorang wanita yang juga majikan mereka.

Mangsa yang dikenali sebagai Sulasi, 53 tahun, merupakan janda kaya di kawasan itu diracun sebanyak dua kali sebelum suspek nekad mencekik mangsa hingga mati setelah racun diberi tidak mendatangkan kesan kepada mangsa.

Mayat Sulasi kemudian dibuang ke Sungai Balawong di wilayah Magetan.

Suspek yang dikenal pasti sebagai BR dan NI pada awalnya hanya merancang untuk menculik Sulasi. Namun mereka kemudian bersepakat pula untuk membunuh mangsa dengan cara memberi racun.

Image result for janda kaya Tsulasi, 53 tahun,

Suspek BR, yang merupakan pemandu peribadi janda kaya itu, pada percubaan pertama didakwa menghidangkan bakso yang dicampur racun tikus kepada mangsa. Namun, mangsa langsung tidak terkesan.

Berang melihat Sulasi masih hidup, BR dua hari kemudian menyajikan bubur yang dicampur racun jenis tirex kepada mangsa. Namun percubaan kali kedua ini juga gagal.

Putus asa dengan kejadian itu, kedua-dua suspek nekad datang ke rumah Sulasi lalu mencekik mangsa hingga mati.

Related image

Mayat mangsa yang dibuang ke dalam sungai ditemukan tidak lama kemudian dan kedua-dua suspek kini ditahan.

Polis Indonesia yang menjalankan proses lakon semula kes pembunuhan pada Jumaat mengesahkan hanya dua suspek terlibat.

Motif kejadian dipercayai akibat dendam membabitkan hutang.

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password