Kehangatan konsert One Republic, lebih 10 ribu peminat banjiri Stadium Merdeka

Kehangatan konsert One Republic, lebih 10 ribu peminat banjiri Stadium Merdeka

Penyanyi Zizan Razak telah tampil sebagai artis pembuka tirai pada Konsert One Republic Live In Malaysia, di Stadium Merdeka malam tadi. Pemilihan Zizan adalah disebabkan beliau seorang artis serba boleh (menyanyi, melawak, dan rap) dengan memberikan persembahan yang mendapat sorakan menerusi lagu Chentaku.

Lagu pembukaan yang sangat memukau.

One Republic dianggotai oleh vokalisnya, Ryan Tedder, Zach Filkins (gitar/vokalis), Drew Brown (gitar), Eddie Fisher (dram) dan Brent Kutzle (bes/cello/vokalis) telah beraksi dengan penuh gaya di atas pentas.

Kumpulan pop rock terkenal dari Amerika Syarikat itu telah tampil penuh bertenaga menerusi konsert tersebut yang bermula jam 8.45 malam tadi selepas melihat kemunculan Ryan Tedder dengan lagu pembukaan berjudul Stop and Stare diiringi dengan alunan piano. Lagu tersebut merupakan salah satu lagu dari album pertama mereka Dreaming Out Loud (2007).

Lebih 10,000 penonton membanjiri Stadium Merdeka.

Persembahan pembukaan bertenaga itu diteruskan lagi dengan lagu-lagu popular seperti Secrets, Kids, Good Life, Wherever I Go, Better, Feel Again dan banyak lagi. Seramai 10,000 penonton telah menggamatkan suasana di Stadium Merdeka dengan sorokan apabila kumpulan kegemaran mereka membuat persembahan.

Ryan tarik perhatian penonton.

Ryan telah berjaya menarik perhatian penonton apabila menyanyikan lagu popular Beyonce berjudul Halo yang digubahnya sendiri. Tidak ketinggalan, One Republic juga memberikan persembahan lagu Wake Me Up sebagai tribut kepada DJ terkenal Avicii yang meninggal dunia pada 20 April lalu.

Stadium diterangi lampu ‘handphone’ bagaikan berada di bintang angkasa.

Stadium sepi dan gelap gelita seketika dan mencetuskan rasa kebingungan di kalangan penonton. Ramai yang menyangka sesuatu yang tidak diingini telah berlaku. Dalam keriuhan itu, seluruh stadium terlihat mula diterangi lampu-lampu bergemerlapan dengan lampu telefon seperti melihat bintang-bintang di angkasa.

Tiba-tiba terdengar suara Ryan muncul di pentas meminta penonton menghidupkan cahaya telefon. Stadium menjadi riuh apabila kemuncak konsert tersebut apabila Ryan menyanyikan lagu Counting Star.

.

Lagu Apologize dapat sorakan kuat dari penonton.

Lagu Apologize adalah antara lagu yang paling mendapat sorakan kuat dari penonton kerana lagu tersebut telah mengangkat nama mereka ke seluruh dunia. Rata-rata penonton yang hadir berpuas hati dengan 19 lagu yang dipersembahkan oleh One Republic yang cukup hebat dan bertenaga.

Penonton berpuas hati.

Kumpulan itu mengakhiri persembahan mereka dengan lagu yang menjadi tema peminatnya iaitu Counting Stars dan Love Runs Out dan ia menjadi pengakhiran terbaik pada malam itu yang berakhir jam 10.30 malam. Rata-rata penonton yang hadir berpuas hati dengan 19 lagu yang dipersembahkan oleh One Republic dengan persembahan yang hebat dan bertenaga.

One Republic Live in Malaysia dianjurkan oleh WGW Entertainment dan disokong oleh Malaysia Major Events (MME), satu bahagian Biro Konvensyen dan Pameran Malaysia (MyCEB), agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC).

Mengimbas kembali, kali pertama kumpulan ini berkunjung ke Malaysia pada 31 Oktober 2013 sempena konsertnya di Surf Beach Sunway, Selangor.

.

.

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password