Kegembiraan Pakej Skydiving Sebagai Hadiah Hari Jadi Berakhir Dengan Tragis

Kegembiraan seorang wanita berusia 54 tahun mendapat hadiah skydiving berakhir dengan tragedi apabila dia maut ketika sedang melakukan aktiviti terjunan lasak di lokasi pelancongan Mission Beach di Queensland, Australia.

Kerri Pike yang merupakan ibu kepada lapan orang anak ini maut bersama dua lagi penerjun berpengalaman apabila salah seorang penerjun tersebut secara tidak sengaja merempuh Kerri bersama pengajarnya dan menyebabkan mereka bertiga terhempas di lokasi tersebut.

Seorang jurucakap polis Queensland berkata: “Seorang penerjun solo dipercayai telah bertembung dengan mereka yang membuat terjunan berdua.

“Dua lelaki berusia 30-an dan seorang wanita berusia 50-an ditemui mati di tempat kejadian.”

Selain Kerri, tragedi pelanggaran udara yang berlaku semasa sedang melakukan aktivi terjunan udara ini melibatkan dua lagi mangsa iaitu Peter Dawson, 35 dan Toby Turner, 34 yang masing-masing merupakan penerjun profesional serta mempunyai pengalaman hampir lapan tahun dalam aktiviti ini.

Lebih menyedihkan, aktiviti skydiving itu dipercayai adalah hadiah hari jadi Kerri yang diberikan kepada  oleh keluarganya.

 “Anda dapat melihat satu payung terjun berbelit-belit dan ia tidak dibuka. Saya hanya dapat melihat ia terus jatuh di belakang pokok, dan itulah kali terakhir saya melihatnya,’ menurut seorang saksi yang yang masih lagi trauma dengan kejadian tersebut.

Mayat   dan bersama pengajarnya ditemui di sebuah ladang, manakala mayat seorang lagi penerjun ditemui di kawasan berdekatan.

Sumber – Dailymail



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password