Kecoh! Rumah Nora Danish Dimasuki Makhluk Tak Diundang

Kecoh! Rumah Nora Danish Dimasuki Makhluk Tak Diundang – MEDIA OHSEM

 

Dikhabarkan pelakon Nora Danish kini sedang membuat persiapan menyambut kelahiran cahaya mata keduanya yang dijangka bersalin pada 9 Mac nanti.

Jika dilihat dalam Instagram Stories akaun miliknya, Nora dan suaminya Nedim tak sabar menanti kelahiran ini.

Biawak Air Masuk Kolam Renang

Namun disebalik saat-saat menunggu waktu bersalin, siapa sangka kediaman Nora dimasuki tetamu yang tidak di undang. Saat dia tengah sarat mengandung ini, Nora dikejutkan dengan seekor biawak memasuki kolam renang di kediamanya. Petanda apakah ini?

Biawak berwarna hitam gelap itu kelihatan berenang-renang di dasar kolam renang. Menakutkan! Kemunculan reptilia berukuran dua setengah meter panjang itu berjaya dikeluarkan dengan bantuan rakan Nora di rumah.

Jika diamati secara dekat haiwan reptilia ini dipanggil biawak air. Biawak air adalah haiwan yang takut dengan manusia tapi mampu menjadi garang apabila habitatnya diganggu. Dalam video itu, Nora berkata dia tidak mahu masuk ke kolam renang itu selagi airnya ditukar sepenuhnya.

Jadi kepada sesiapa yang yang bercadang mahukan kolam renang di rumah, anda akan berdepan dengan risiko sebegini. Nasib baik biawak, kalau haiwan lain yang lebih berbisa, macam mana?

Kredit: Hangat.com

Sumber :MediaOhSem

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password