Kecewa dengan CIMB, wanita kongsi sebab mengapa akaun Maybank lebih selamat untuk berniaga kecil-kecilan

Kecewa dengan CIMB, wanita kongsi sebab mengapa akaun Maybank lebih selamat untuk berniaga kecil-kecilan

 

Pada 25 Februari 2017, saya telah menerima sepucuk surat daripada pihak CIMB BANK dengan isi surat (rujuk gambar ) menyatakan bahawa akaun bank simpanan saya akan ditamatkan pada 1 Mac 2018.

Saya agak blur, saya terus menelefon beratus kali pihak CIMB Bank tetapi tidak dapat dihubungi.

Namun, hari ini, 26 Februari 2018 , setelah beratus kali cuba menghubungi pihak bank, akhirnya berjaya juga . Alhamdulillah. Saya bertanyakan tentang status akaun saya kenapa ditutup.

Pihak bank mengatakan bahawa pihak mereka akan menutup akaun bank secara berperingkat. Dibawah saya senaraikan sebab sebab akaun bank yang mereka akan tutup:

1. Perniagaan kecil-kecilan seperti dropship dan ejen.
2. Terlalu banyak transaksi duit keluar masuk sebab akaun simpanan ada had sendiri.

Habis tu kau banyak duit simpanan takkan mahu disimpan di bawah katil? Saya bertanyakan kenapa akaun saya? Saya guna untuk perniagaan ialah akaun semasa.

Balas mereka, “Pihak atasan detect akaun cik ada melakukan banyak transaksi keluar masuk duit dalam jumlah yang banyak dan ianya merupakan perniagaan.”

Saya cakap, “Baiklah. Jadi macamana pihak bank perasan?”

Mereka jawab lagi, “Pihak kami akan tahu sebab dari akaun berlainan yang memasukkan duit ataupun deposit. Pihak kami akan buat penutupan akaun secara berperingkat walau berniaga sebagai dropship kecil-kecilan sebab untuk berniaga, wajib buka akaun semasa.”

Allahu! Kesiannya para suri rumah yang baru mahu berniaga. Takkan mahu buka akaun semasa,  mesti kena daftar dengan SSM, kena ada deposit sekurang-kurangnya RM1,000 dan perlu bawa introducer lagi.  Perlu isytihar cukai lagi. Hatta niaga untuk RM5 saja satu barang.

Saya tanya lagi, “Dan bila saya boleh buka akaun baru ? ”

Mereka jawab, “Tak boleh bukak dah dgn CIMB dan penutupan akaun ni bukan CIMB sahaja tapi semua bank buat hal yang sama.”

Jadi, harap korang jangan guna akaun peribadi lagi . Saya guna akaun peribadi bukan untuk berniaga, saya ada akaun semasa syarikat. Tetapi banyak transaksi keluar masuk sebab saya bukan satu perniagaan sahaja dan duit akan masuk ke akaun saya dahulu baru dipindahkan ke dalam akaun syarikat.

Kongsikan semoga ramai lagi tidak menjadi mangsa macam saya. Tiada budi bicara lagi . Mereka mendapat arahan dari pihak atasan.

Sumber :  Reen Iman III 

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password