“Kau dah kenapa pakai sunglass masa menyanyi? Kau belum lagi sampai ‘level’ Jamal Abdillah…”

"Kau dah kenapa pakai sunglass masa menyanyi? Kau belum lagi sampai 'level' Jamal Abdillah…"

Baru-baru ini, penyanyi baru Haqiem Rusli telah membuat persembahan peringkat separuh akhir Muzik Muzik 32 di Plaza Alam Sentral. Ramai penonton yang terpukau dengan vokal yang dimiliki oleh penyanyi baru ini kerana penghayatan vokalnya yang best dan mantap.

Seperti mana-mana insan popular yang lainnya, Haqiem tidak dapat melarikan diri daripada bayangan haters yang bakal menghantui kariernya sebagai seorang penyanyi.

Cermin mata hitam yang dipakai oleh penyanyi kacak itu sewaktu sedang membuat persembahan telah menjadi isu apabila terdapat seorang pengguna media sosial yang mempertikaikan pilihan Haqiem untuk memakai cermin mata hitam ketika beraksi di atas pentas separuh akhir AJL kelmarin.

Menurut , Haqiem tidak sepatutnya memakai cermin mata hitam kerana beliau hanyalah merupakan seorang penyanyi baru dan tidak setaraf dengan penyanyi veteran, Dato’ Jamal Abdillah.

Ko dah kenapa siyal?

Komen Nurul ini kemudiannya telah mendapat perhatian ramai netizen yang lain, terutamanya dari kalangan peminat Haqiem sendiri.

Nampak tidak jujur

Setelah komen beliau mendapat kecaman daripada masyarakat, Nurul kemudiannya telah tampil mempertahankan padangan beliau itu. Menurut Nurul, Haqiem tidak sepatutnya memakai cermin mata hitam sebab nampak tidak jujur. Boleh pulak macam tu ke?

Mungkin mahu mendapatkan perhatian semata-mata, motis sebenar Nurul tidak dapat dikenalpasti. Sepatutnya, isu pemakaian artis tidaklah perlu diperdebatkan selagi ianya patuh kepada syariat agama kita. Betul tak kawan-kawan?



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password