“Kasihan buat isteri macam ni, masa amik dulu sehidup semati…”

"Kasihan buat isteri macam ni, masa amik dulu sehidup semati…"

 

Sebuah video yang memaparkan seorang lelaki telah dilempang oleh seorang wanita di sebuah pusat membeli-belah telah jadi tular di laman Facebook hari ini.

Wanita yang dipercayai isteri kepada lelaki tersebut telah berjaya menangkap suaminya ‘red handed’ ketika suaminya itu sedang leka ber-dating dengan kekasihnya itu.

Video yang telah dimuatnaik oleh sebuah laman page di Facebook hari ini telah mendapat perhatian ramai netizen yang berbeza-beza pendapat mengenai perkara ini.

Seorang pengguna Facebook telah meluahkan perasaan kecewa beliau dengan sikap suami seperti ini. Menurut , suami sepatutnya menjalankan tanggungjawab beliau yang telah diamanahkan oleh Allah SWT untuk menjaga isteri mereka dengan seadil-adilnya.

Akan tetapi, komen beliau itu telah dibidas oleh netizen yang lain yang berpendapat bahawa sekiranya suami itu bersalah sekalipun, isteri tidak boleh mengherdik suami apatah lagi memukul suami di khalayak ramai.

Tambah mereka lagi, perbuatan isteri itu seolah-olah mahu membuka aib suami mereka yang sepatutnya dijaga dengan baik oleh seorang isteri.

Seorang penguna yang lain turut meluahkan perasaan kecewa terhadap segelintir netizen yang lain kerana bertindak menyalahkan isteri lelaki tersebut. Menurut , perbuatan lelaki seperti ini tidak ubah seperti menganggap kaum wanita dan  kaum ibu hanya sebagai tisu pakai buang sahaja.

Komen yang ditinggalkan oleh Sofea itu kemudiannya telah disambut baik oleh netizen-netizen yang lain yang rata-ratanya berasa jelek  dengan sikap lelaki Melayu sekarang ini, terutamanya di kalangan suami yang berlaku curang terhadap isteri-isteri mereka.

Sumber : Metafora Anafora Press

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password