Karnival Kerjaya Dan Pandu Sendiri Simulasi Kereta Api Laju, Semuanya Di Pameran Pengangkutan Awam Darat SPAD 2017

Seperti ramai kerajaan telah menubuhkan sebuah badan berkanun iaitu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)  untuk menlancar dan menyelaraskan fungsi system pengangkutan darat negara.

Ada ramai yang salah faham katanya berlaku pertindihan tugas dengan pihak berkuasa yang lain, sebenarnya SPAD berkuasa terhadap semua pengangkutan awam seperti Bas, Teksi, Kereta Tambang, dan Kereta api seperti MRT, KTM, Monorel dan sebagainya.

Ramai yang dilihat tidak memahami apa sebenarnya tugas suruhanjaya ini, oleh itu Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) mengajak orang ramai untuk hadir bersama-sama ke Pameran Pengangkutan Awam Darat SPAD 2017 yang bakal di adakan di Grand Ballroom 1 & 2, Aras 3, Kuala Lumpur Convention Centre pada 22 hingga 23 Oktober 2017 ini.

Apa yang paling menarik, jika anda sedang mencari pekerjaan ataupun berminat dengan kerja di dalam bidang ini di bawah Industri pengangkutan awam, anda boleh mencubanya di sini.

Satu karnival kerjaya yang disertai oleh agensi-agensi dari industri pengangkutan awam darat seperti Prasarana, MRT Corporation, myHSR, Express Rail Link dan Malaysia Rail Link (MRL) membuka peluang pelkerjaan kepada anda yang hadir.

Bagi mereka yang meminati atau pun teringin merasai pengalaman untuk membawa kereta api berkelajuan tinggi, anda boleh datang ke sini di mana orang ramai dijemput merasa sendiri bagaimana memandu tren simulator berkelajuan tinggi dari China, Jepun dan Korea yang memang tidak dijumpai di mana-mana lokasi lain di dalam Malaysia.

Pameran ini akan diserikan lagi dengan kehadiran selebriti terkenal di mana and akan dihiburkan dengan keletah-keletah penyampai HotFM iaiitu Ajak Shiro pada 22 Oktober (11am – 1pm), Fizie22 Oktober (3pm – 5pm) dan Issey 23 Oktober (11am – 1pm).

Bagi mereka yang masih tertanya-tanya akan projek-projek seperti kereta api berkelajuan tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di sini anda akan memperoleh jawapannya dan model kedua-dua projek ini akan dipamerkan 

Hadiah-hadiah bernilai sehingga RM200,000 juga menanti orang ramai hadir ke pameran ini di mana masuk adalah PERCUMA.



Sumber : SiakapKeli

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password