Kanser tahap 4 buat Elyana takut tidur malam

 

Peserta Gegar Vaganza musim keempat (GV4) Elyana sah tersingkir malam tadi pada minggu kelima program itu bersiaran secara langsung.

Namun disamping berita menyedihkan mengenai penyingkirannya, ada berita lebih perit yang dikongsikan Elyana bersama peminat.

Penyanyi Tidak Tercapai Akalmu itu mengakui menghidap penyakit kanser Limfoma atau kanser darah tahap 4 yang hingga kini tidak dijelaskan puncanya.

“Sudah tujuh tahun saya menghidap kanser limfoma. Ia menyebabkan saya sentiasa berasa takut dan susah nak tidur malam sebab takut tak bangun esok pagi.

“Kanser ini telah merebak ke jantung, paru paru dan semua bahagian badan yang lain itu sebab bimbang sewaktu tidur jantung boleh tiba-tiba terhenti,” kata Elyana selepas menamatkan persaingan pada malam terakhirnya di GV4.

Minggu kelima ini menyaksikan Elyana yang menyampaikan lagu Sepi nyanyian asal oleh penyanyi asal Yuni Shahara mendapat markah juri paling rendah.

Elyana sebelum ini tidak pernah mendedahkan secara rasmi mengenai penyakit dihadapi malah dia pernah menafikan sedang bertarung melawan nyawa kepada sebuah akhbar mengenai perkara terbabit empat tahun lalu.

“Sejujurnya saya bukanlah seorang yang gemar berkongsi perkara yang tidak sedap didengar kepada orang ramai,” katanya.

Pada masa sama pemilik nama sebenar Erneelya Elyana Emrizal, 30, itu juga jarang dilihat membuat kemunculan di kaca televisyen atau memeriahkan sebarang acara hiburan.

Masanya beritahu peminat

Ketika ditanya mengenai pengumuman tergempar itu, Elyana berkata sudah sampai masanya untuk memberi penjelasan kepada peminat yang tanpa henti menyokong kariernya selama ini.

“Memang doktor sarankan saya tidak menyertai GV4 kerana ini bukan persembahan biasa tetapi berbentuk pertandingan.

“Saya masuk GV4 sebab peminat dan ini adalah cara terbaik untuk memberitahu mereka.

“Penyakit ini tidak patut disembunyikan, saya berasa telah menghampakan peminat, sedih lihat sokongan mereka,” katanya.

Sumber : MalaysiaKini – Seni & Hiburan

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password