“Kami Berjanji Untuk Menjadi Insan Yang Baik.” Anggota Pasukan ‘Wild Boar’ Menangis Apabila Dimaklumkan Kematian Penyelam SEAL..

"Kami Berjanji Untuk Menjadi Insan Yang Baik." Anggota Pasukan 'Wild Boar' Menangis Apabila Dimaklumkan Kematian Penyelam SEAL..

BANGKOK: Tiga belas pemain pasukan bola sepak “Mu Pa” (Wild Boar) dan jurulatih bersama menitiskan air mata (Wild Boar) apabila keluarga mereka akhirnya memberitahu mengenai tragedi yang mengorbankan penyelam SEAL Tentera Laut Diraja Thauilandr, Saman Kunan.

Remaja lelaki berusia 11 hingga 16 tahun itu dan jurulatih mereka berumur 25 tahun mengucapkan terima kasih kepada mendiang atas pengorbanannya dan “kami berjanji untuk menjadi insan yang baik.”

 

“Kesemua mereka menangis dan merakamkan ucapan takziah dengan menzahirkan perasaan mereka secara bertulis pada gambar Saman. Mereka juga berdiri sambil memberi penghormatan,” menurut setiausaha tetap Kementerian Kesihatan Awam Dr Jedsada Chokdamrongsuk dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mendiang Saman, 38, yang secara sukarela menyertai operasi menyelamat, rebah dan meninggal dunia pada 6 Julai semasa menghantar tangki oksigen dalam gua Tham Luang yang ditenggelami air dalam misi yang berisiko dan berbahaya untuk menyelamatkan anggota pasukan “Wild Boar” itu.

Image result for WILD BOAR CRYING SAMAN KUNAN DIE

Beliau berkata, para doktor di hospital telah membuat penilaian awal mengenai keadaan kesihatan dan mental remaja berkenaan sebelum membenarkan keluarga mereka memberitahu mereka mengenai kematian Saman.

Saman, ialah satu-satunya anggota pasukan penyelamat yang terkorban semasa operasi menyelamat. Rakyat Thailand dan anggota penyelamat yang berkabung atas kematiannya menyifatkan mendiang sebagai “Wira Tham Luang” yang sebenar.

Image result for WILD BOAR CRYING SAMAN KUNAN DIE

Perdana Menteri Jen Prayut Chan-o-cha juga menggesa rakyat Thailand supaya tidak melupakan pengorbanan Saman. Usaha sedang dijalankan untuk mendirikan tugu bekas penyelam itu di laluan masuk Tham Luang, sebagai menghormati pengorbanannya.

Saman, kakitangan Airports of Thailand (AOT) selepaxs bersara dari unit elit tentera laut pada 2006, telah berjanji dalam satu rakaman video yang disertainya sebelum berlepas ke Chiang Rai untuk mengambil bahagian dalam misi menyelamat “untuk membawa pulang para remaja yang terperangkap”.

Sejurus selepas kematiannya, Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn telah menaikkan pangkatnya kepada Leftenan dari sarjan dan membiayai upacara kremasinya.

 

Semalam, beberapa jam sebelum upacara kremasi di bandar kelahirannya di wilayah Roi Et, fi timur laut Thailand, Raja Thailand mengumumkan dalam satu Pewarta Diraja untuk menaikkan pangkat Saman kepada Leftenan Komander

Image result for WILD BOAR CRYING SAMAN KUNAN DIE

Saman dikremasi semalam dalam satu upacara yang dihadiri oleh Jen Surayud Chulanont, anggota Majlis Privy Diraja, sebagai mewakili Raja Thailand. — BERNAMA

 

Sumber : PenMerah

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password