“Kalau orang lain punya jangan usik eh…” – Tinggal sebulan lagi, Shila Amzah debar hitung hari bahagia

"Kalau orang lain punya jangan usik eh…" – Tinggal sebulan lagi, Shila Amzah debar hitung hari bahagia

 

Setelah selamat bertunang dengan jejaka pilihan hatinya pada November lalu, kini penyanyi Shila Amzah sedang menghitung detik gembira bagi bergelar isteri yang sah kepada bakal suaminya, Haris Idraki yang dijangka akan berlangsung dalam masa sebulan lagi.

.

Terbaru, penyanyi lagu Patah Seribu itu telah memuat naik gambar berkongsi perbualan dengan tunang kesayangan sewaktu perkenalan mereka melalui Twitter pada suatu ketika dahulu di laman Instagram miliknya.

Menerusi tweet itu, siapa sangka hubungan mereka yang bermula sebagai sahabat pada 8 tahun lalu itu akan melalui peringkat seterusnya sebagai pasangan suami dan isteri tidak lama lagi.

Tambah Shila, dia juga seakan-akan memberi ‘warning’ tidak perlu menganggu hubungan jika seseorang individu telah mempunyai pasangan hidup masing-masing.

Semoga persiapan perkahwinan antara Shila dan Haris berlancar dengan lancar! Tak sabar untuk menanti saat-saat kebahagiaan yang akan dikongsi bersama peminatnya nanti.

Sumber : Shila Amzah

Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password