Kalau BN memerintah sayalah calon MB Selangor kata Jamal Jamban

 

KETUA Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Yunos atau popular dengan nama Jamal Jamban dilapor mendakwa dirinya adalah calon Menteri Besar Selangor sekiranya Barisan Nasional (BN) memerintah negeri itu.

Jamal Jamban

Kalau BN memerintah, sayalah calon menteri besar dan inilah yang saya takutkan sebab dalam diri saya ini tidak seperti Azmin yang pandai menipu membohong dan putar belit,” katanya seperti yang dipetik oleh media tempatan. Keratan laporan itu turut tersebar di media sosial.

Jamal nak jadi MB

Jamal juga mendedahkan, tujuan menawarkan dirinya untuk menentang Mohamed Azmin adalah untuk mengukur tentang kemampuan beliau dalam politik.

“Saya tidak mahu di Sekinchan, Sungai Besar kerana saya melihat Sungai Besar ini bila-bila masa saja saya boleh menang,” katanya.

Ditanya tentang kenyataan pengerusi Umno Selangor, Tan Sri Noh Omar yang menganggap beliau satu-satunya calon yang layak menandingi Mohamed Azmin, Jamal berkata, jika pucuk pimpinan memikirkan begitu Beliau akan bersiap sedia untuk bertanding di kubu kuat Mohamed Azmin.

Sebelum ini pernah tersebar perbualan WhatsApp Jamal dan para pengikutnya dalam sebuah kumpulan bernama Gerakan Merah, di mana dia menyatakan hasrat untuk menjadi Menteri Besar Selangor.

Jamal dalam perbualan itu turut meluahkan hasratnya untuk bertanding di kerusi DUN Sekinchan dan berjanji akan melantik Datuk Ismail Kijo, sebagai Exco kanannya.

Rujuk link berikut untuk membaca pendedahan sebelum ini

LINK — Perbualan WhatsApp dedah Jamal mahu jadi MB Selangor

Sumber : MiloSuam

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password