Kalau betul-betul dia sayang kau, dah tentu lama dia berhenti merokok, tak perlu nak ‘like’ bagai

Kalau betul-betul dia sayang kau, dah tentu lama dia berhenti merokok, tak perlu nak 'like' bagai

Semenjak dua menjak ini, jadi trend di laman-laman media sosial mengenai ‘stop smoking challenge’ di mana ramai wanita yang ‘menagih’ jumlah likes ataupun retweet bagi menyahut cabaran supaya pasangan masing-masing berhenti merokok.

Ada yang meminta sekadar 1000 likes dan ada pula yang meminta sehingga 3000 likes.

Tetapi apa yang anehnya adalah meskipun jumlah likes yang diberikan oleh para follower sudah lama melebihi jumlah sebenar yang diminta, tetapi setakat ini, ramai yang tertanya-tanya sama ada benar-benarkah pasangan mereka sudah berjaya berhenti merokok atau pun tidak?

Tidak dapat dipastikan motif sebenar mereka, mungkinkah mereka ini sebenarnya adalah attention seeker atau pun sekadar suka-suka semata-mata untuk memuatnaik status sedemikian di dalam laman Facebook ataupun Twitter mereka.

Kalau bebetul dia sayang kau, tak perlu sampai minta retweet bagai

Terdapat beberapa buah komen yang ditinggalkan oleh netizen yang mengatakan sekiranya pasangan mereka itu benar-benar menyayangi diri mereka, sudah tentu pasangan mereka itu akan berhenti merokok dengna sukarela tanpa perlu diretweet semula.



Sumber :OhMyMedia

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password