Kakitangan saya tak bersalah, kata Sivarasa


Anggota Parlimen Subang Sivarasa Rasiah menegaskan tiga kakitangannya yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam sebagai tidak bersalah.

“Saya menolak tuduhan ini terhadap kakitangan saya.

“Saya kenal baik kakitangan saya, terutamanya Naveen yang juga anak saudara saya.

“Saya mempunyai keyakinan penuh terhadap integriti mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau juga menegaskan bahawa beliau bukanlah subjek kepada siasatan itu.

Tiga kakitangan tersebut iaitu Naveen Kularasa, Joshua Kalaiselvan dan NicoKam dilapor ditahan berkaitan urusan imigresen semalam.

SPRM kini sedang mendapatkan perintah tahanan remanan terhadap tiga kakitangan berkenaan di ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

[Berita penuh menyusul]



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password