Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 718 orang

Jumlah mangsa banjir di Kedah meningkat kepada 718 orang setakat 8 malam ini berbanding 398 orang petang tadi apabila tiga lagi pusat pemindahan (PP) baharu dibuka.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Kubang Pasu Kapten (PA) Kamalruzamal Kasa berkata tiga PP yang baru dibuka itu terletak di mukim Jitra iaitu Dewan Kubur Siam yang menempatkan 175 mangsa, Dewan Tokong Cina (18) dan Dewan Jitra seramai 85 mangsa.

Di mukim Malau pula, jumlah mangsa banjir di PP Kampung Lahar kekal 130 orang manakala di Dewan Kampung Bata meningkat kepada 278 orang berbanding 262 mangsa petang tadi.

Tiga PP yang ditutup ialah di mukim Changlun iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan Changlun, Surau Kampung Betong dan Surau Kampung Tebing.

Banjir di daerah itu kali ini membabitkan lebih 10 kampung antaranya Kampung Nang Mah, Kampung Bendang Perang, Kampung Wang Perah dan Kampung Kubang Betong. -Bernama



Sumber : MalaysiaKini – LensaKini

Login

Welcome! Login in to your account

Remember me Lost your password?

Lost Password